Friday, October 29, 2010

Kata-kata mutiara Rabiatul Adawiyah


" Biar waktu yang akan membuktikan .......

bahwa tiap langkah yang telah dipijakkan,

tiap tetesan darah dan keringat yang telah dialirkan,

tiap jiwa yang telah melayang,                                                            

akan samapai pada satu keadaan .......

dimana keadilan adalah nadinya,

kesejahteraan adalah nafasnya,

kebijaksanaan adalah sifatnya,

dan Ridho Sang Khalik adalah tujuannya. "



" Tuhanku, apa-apa saja yang hendak kau berikan kepadaku di dunia ini

maka berikanlah kepada musuh-musuh MU.

Serta apa-apa saja yang hendak kau berikan kepada ku di akhirat kelak,

maka berikanlah kepada sahabat-sahabat-Mu.

Sebab engkau saja cukuplah bagiku "

(Rhobiyatul Al-Adawiyah)

Kembalikan Senyuman Itu

Di sebuah negara yang diganasi perang seorang gadis terpisah daripada adik lelakinya. Hilang sejak 6 bulan yang lalu, dia membayangkan yang terburuk – bahawa adiknya yang disayangi dan dikasihi sepenuh hati telah ditembak mati oleh musuh. Hendak melihat pintu bilik adiknya pun tidak sanggup.
Mindanya teringat-ingat bagaimana adiknya akan keluar dari bilik itu, memberi salam kepada semua orang dan teruja untuk belajar perkara-perkara baru.
Senyumnya, ketawanya, tenaganya – semua itu sangat dirinduinya. Kepedihan di hatinya begitu besar sehingga senyuman mula pudar daripada wajahnya.
Senyumannya hilang; hilang bersama suara dan kekuatannya untuk hidup.
Satu hari dia melihat sepasukan askar datang, tetapi bukan askar-askar musuh. Mereka adalah pasukan pengaman dan pekerja bantuan. Askar-askar itu kelihatan seperti mencari sesuatu, menggunakan alat yang tampak seperti pengesan jerangkap samar. Hairan, tempat itu telah dibersihkan daripada jerangkap samar minggu lepas.
Kemudian askar-askar itu mula menggali. Bukan setakat seorang dua tetapi keseluruhan skuad itu dengan dibantu jentera berat. Semakin dalam mereka menggali barulah dia sedar apa yang dilakukan askar-askar itu.
Mereka sedar membongkar sebuah kubur yang besar!
Banyak mayat dijumpai. Baunya menusuk hidung. Mayat-mayat bertimbun seperti akar pokok yang mati.
"Adikku adalah salah seorang daripada mereka," katanya kepada diri sendiri.
Ia suatu yang cukup menyeksa jiwanya apabila dia teringat kembali akan adiknya yang sangat disayangi.
Askar-askar itu bekerja siang dan malam untuk mengenalpasti setiap mayat. Mereka menggunakan segala peralatan dan maklumat yang ada untuk meletakkan nama pada setiap tubuh yang sudah tidak bernyawa.
Seperti dijangka, ketakutannya menjadi nyata. Berita itu menghempapnya bagai gunung yang runtuh. Dirinya terasa terumbang-ambing. Dia kehilangan sebab untuk hidup.
Dunia kini tidak bermakna lagi.
Askar-askar itu bersimpati dengannya tetapi tidak mampu membantu dalam soal hati. Untuk mengucapkan takziah kepadanya pun tidak mampu kerana mereka tidak bertutur bahasa yang sama.
Kemudian datang sebuah pasukan bantuan yang kecil, bukan aksar-askar tetapi sukarelawan. Askar-askar itu berjumpa dengan pasukan itu dan bertanya, "Ada tak pakar psiakatri di kalangan kamu?"
Ketua pasukan itu menunjukkan seorang doktor pakar psiakatri mereka. Lalu askar itu menceritakan kisah gadis itu dan membawa doktor itu menemuinya.
Doktor itu juga tidak bertutur bahasa yang sama dengan gadis itu tetapi berkongsi agama yang sama dengannya. Itu lebih baik daripada askar-askar tadi yang langsung tidak mempunyai persamaan dengannya.
Doktor itu berbicara kepadanya melalui seorang penterjermah, seorang saudara yang pengajian ijazahnya terhenti kerana perang. Penterjermah itu bukan sekadar menyampaikan kata-kata daripada doktor itu kepada gadis itu dan sebaliknya. Malah kata-kata bersama dengan emosi dan menyentuh hati gadis itu.
Doktor itu mengingatkan untuk berpegang utuh kepada Tuhan, serta mengapa dia harus terus tabah menempuhi hidup.
Nasihat-nasihat doktor itu mula membuka pintu hatinya.
Akhirnya, dia senyum kembali setelah berbulan-bulan tanpa senyuman.    


Doktor itu bersyukur kepada Allah SWT. Dia sangat gembira kerana telah membantu untuk mengembalikan sebuah senyuman, dan sebuah kehidupan.

Tuesday, October 26, 2010

awan, bulan dan langit...~

Assalamualaikum wbt...







malam ni ana lihat bulan....
tapi..
bintang mane...?

ana teringin nak jadi awan..
boleh...?

sebab.. ana lihat bulan sangat terang..
tapi dilitupi awan..
cantik sangat...

tapi ana tahu..
bintang sentiasa ada..

tiba-tiba..
terasa nak jadi langit pulak sebab...
sentiasa ada...
menjadi latar belakang kepada bulan..
yang sentiasa tersenyum bila bulan bersinar terang..

Friday, October 22, 2010

Syukur dan sabar. ^___^



Dalam kesibukan diri melayari bahtera kehidupan ini, banyak dugaan dan cabaran yang kita temui, mungkin ada cabaran yang berjaya kita harungi, dan ada yang sebaliknya.

Cuma hakikatnya, kita sebagai manusia memang tidak lepas dari menghadapi dugaan ini.
Para ulama' dan ahli ibadah zaman dahulu mengklasifikasikan ujian yang diterima oleh seseorang itu adalah mahar yang akan dijadikan saksi ketika hari yang tiada saksi melainkan amalan yang soleh, ia juga dianggap sebagai sebuah nikmat kerana bagi mereka Allah masih menerima amalan dan masih melihat mereka.
Bagaimana keadaan ini boleh berlaku?
Sifat Syukur
Syukur adalah satu sifat yang sangat penting di dalam diri seseorang.
Tanpa syukur, seorang manusia itu akan lupa daratan dan sentiasa merasakan diri merekalah yang sebenarnya sempurna dan berkuasa.
Lihat sahaja kepada contoh golongan yang tidak bersyukur yang telah dinukilkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran sebagai iktibar kepada hambanya.
Firaun Dan Pengikutnya
Firaun adalah seorang raja yang telah diberikan keistimewaan oleh Allah SWT dengan tidak pernah jatuh sakit sepanjang hidupnya. Di samping itu juga, dia diberikan sebuah kerajaan yang sagat besar dan kuat iaitu kerajaan mesir ketika itu.
Tetapi malangnya, firaun menjadi sombong dan lupa diri.
Oleh kerana keistimewaanya itu, dia merasakan dirinya adalah Tuhan yang patut disembah - dia menyuruh seluruh rakyatnya menyembah dirinya.
Sehinggakan Allah SWT mengutuskan Nabi Musa a.s. untuk menjadi petunjuk ke atas rakyat yang telah dizalimi tadi.
Allah SWT juga memberi balasan yang setimpal ke atas perbuatan angkuh firaun itu dengan menenggelamkan dia di laut merah sewaktu cuba membunuh Nabi Musa a.s.
Begitu juga yang terjadi ke atas Haman; perdana menteri yang dilantik ketika pemerintahan firaun.
Dia banyak menghabiskan duit rakyat dan sentiasa mengampu firaun dengan kata-kata manis untuk mengekalkan kedudukannya selaku perdana menteri; orang yang kedua tertinggi dalam kerajaan firaun laknatullah.
Kisah Raja Namrud
Raja Namrud juga salah satu contoh manusia yang tidak bersyukur atas pemberian Ilahi, bukan sahaja bersifat angkuh tetapi dia mahu membakarnya hidup-hidup Nabi Ibrahim a.s. yang diutuskan oleh Allah ke atas kaum mereka.
Namun dengan sifat kasih sayang Allah SWT, api yang sepatutnya bersifat panas dan membakar menjadi dingin dan selamat untuk Nabi Ibrahim a.s. dan Namrud pula akhirnya dimusnahkan dengan dihantar seekor nyamuk yang masuk ke dalam kepalanya untuk memakan otaknya.
Manusia Yang Paling Sabar
Nabi Ayub dikurniakan kesempurnaan kehidupan oleh Allah SWT. Baginda dikurniakan harta yang banyak dan keluarga yang bahagia, tetapi kuasa Allah SWT lebih hebat apabila menguji baginda dengan menarik sedikit demi sedikit nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada Nabi Ayub.
Ia bermula dengan harta yang semakin berkurangan, anak-anak yang meninggal dunia dan seterusnya dengan penyakit sopak yang menjijikkan.
Mengenai pelbagai ujian itu Allah SWT berfirman, maksudnya:
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, 'Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali'."
Walaupun diuji dangan begitu hebat sekali, beliau masih tetap percaya Allah SWT ada menyelitkan hikmah disebalik kedukaan ujian yang melandanya.
Akhirnya dengan sifat kesempurnaan Allah, segala ujian yang diberikan digantikan semula dengan kegembiraan dan Nabi Ayub a.s. dinaikkan darjat sebagai orang yang bersabar di atas ujian yang menimpa.
Jesteru ayuh sahabat sekalian, majulah dalam menempuh ujian hidup ini kerana ada sesuatu yang manis sedang menunggu kita.
Ingatkan teman yang lain dan ingatkan diri kita sendiri.
Moga Allah memberi taufiq ke atas diri kita dan dikurniakan kejayaan diatas amalan yang dilakukan.
"Ya Allah jangan Kau uji kami dangan ujian yang tidak tertanggung oleh kami, sesungguhnya kami hambaMu yang daif dan lemah."
"Tanpa keberanian, mimpi takkan bermakna."
"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.
Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati."


Wednesday, October 20, 2010

Bulan dan Bintang... ~

Assalamualaikum wbt..
hari-hari yang berlalu ibarat memahami apa yang ana hadapi..

semalam..,
ana lihat bulan...
bulan bersama sebutir bintang..
ana merasakan...
ia ibarat segala yang ana lihat juga segala yang ana rasa...
namun,,
malam ni ana tidak nampak bulan...


bulan...
ana undur diri..

bulan...
ana tinggalkan bulan dengan segala kisah ana bersama bulan..

bulan...
ana janji dengan diri ana..
ana tidak akan pernah lupa untuk cari bulan setiap malam..
sebab itu sahaja yang ana mampu...

bulan...
ana faham hati dan perasaan bulan sekarang..

bulan...
cuma satu ana mahu bulan ingat, jangan lupa amalkan segala yang ana berikan pada bulan..

bulan...
terima kasih atas bantuan bulan selama ni untuk ana..
mungkin setakat ini sahaja...
namun jangan risau...
ana akan teruskan perjuangan hidup ana ini..
cuma, ana harap bulan doakan ana supaya kuat ya..

bulan...
InsyaAllah...
ana tidak lupa diri..
ana tidakkan berpaling lagi..

bulan...
ana harap bulan bahagia bersama bintang..

bulan...
jangan risau...
ada hikmah di sebalik dugaan yang Allah berikan ini..

bintang...
ana harap bintang jaga bulan elok-elok..

bintang...
ana harap bintang jangan lukakan hati bulan..

bintang...
bulan sayang bintang tau..

bintang...
ana faham...
hati dan perasaan bintang..
ana tahu...
kita sama..

jadi..,
ana harap setelah apa yang berlaku sebelum ni...
bintang jadikan iktibar ya..

bintang...
jangan lupa sinarkan cahaya yang indah bersama-sama bulan..
supaya ana dapat lihat dengan senyuman..

buat bulan dan bintang..
ana doakan kamu berdua bahagia...
ana sayangkan kamu berdua...


Ya Allah...
ana lihat bulan dengan bintang rupanya malam ni..
ana lihat bulan dengan bintang yang sama seperti semalam..
ana gembira Ya Allah..

Monday, October 18, 2010

aKu, Dia dan Kamu










aku kenal Dia sebelum aku kenal kamu

aku tahu Dia tak pernah jauh dari aku

aku yakin Dia tetap bersama aku

walau sesekali aku terlupa

Dia ada...terlalu dekat dengan aku



dan kamu

aku temui di salah satu lorong hidupku

aku kenali dalam pencarianku

ku mencari kasih yang Dia janjikan untukku

kamu tahu

andai ada rasa antara kamu dan aku

Dia yang menghadiahkan rasa itu

andai ada keindahan yang kamu lihat pada wajah ku

Dia jua yang menganugerahkan keindahan itu

kamu tahu itu

benar-benar tahu

tapi kamu lupa

aku juga alpa

dan kuleraikan jalinan tak bertali

antara kamu dan aku

kerna ia membawa aku jauh dari Dia

kutitip sekalung doaku untuk kamu

mengiringi setiap langkah kamu

andai ada jambatan antara kamu dan aku

jambatan itu hanya Dia...

penaJannah
...takkan berhenti menari!!!

sumber : www.iluvislam.com

Wednesday, October 13, 2010

Ketika cinta berbunga syurga

Posted Image

Seorang teman yang baik adalah yang akan membantumu untuk menjadi orang baik.
teman sejati yang boleh diajak bercints untuk syurga.

Dia adalah teman sejati yang benar-benar mahu berteman denganmu,bukan kerana darjatmu,tetapi kerana kemurnian cinta itu sendiri,yang tercipta dari keikhlasan hati.
dia mencintaimu kerana Allah.
Kekuatan cinta itu akan melahirkan kekuatan yang dahsyat yang membawa manfaat dan kebaikan.
kekuatan cinta itu juga akan bersinar dan memnbawa kamu masuk syurga.


itulah yang dimaksudkan dengan
KETIKA CINTA BERBUNGA SYURGA...satu pertemuan yang menjanjikan satu matlamat.


ayat surah an-nur, yang mengatakan, bahawa, lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik sahaja..dan yang sebaliknya juga begitu.





tetapi Adalah tidak mustahil jika kita mendapat pasangan hidup yang baik walaupun kita tidak baik. Semuanya bergantung kepada usaha kita ke arahnya dan kehendak Allah Taala.

Manusia kadangkala terlalu taksub dengan ke'baik'an sehingga tidak terbuka saat menerima ke'lemah'an. Sedangkan jika suatu kelemahan itu dipandang sebagai ujian, suatu cabaran dalam melihat usaha kita membawa ia menjadi suatu pengakhiran yang baik, insyaALLAH suatu manfaat pasti kelihatan dan saat itu manusia akan sedar bahawa, di dalam setiap ketentuanNYA, pasti punya kebaikan buat kita. Itu jika kita sentiasa khusnuldzon kepada yang maha Mengetahui. Wallahua'lam.

Saturday, October 9, 2010

Pelangi Selepas Hujan

Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.

Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.

Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?

Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?

Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?

Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?

Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabnya senang.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.


Sumber : www.iluvislam.com

Sunday, October 3, 2010

Madu - (Harimau+Buaya+Tikus) = ALPA

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng! ... bunyi...... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja..

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.



Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. . Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi..

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni... Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu... Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir lagi.... Kalau naik kat atas makan dek harimau.. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba..... terdengar satu bunyi....... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi.. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah

Kalau semua nak tahu ...
si Hamba Allah itu adalah kita semua.. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita..
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu..
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..

Sumber : http://claydeck.blogspot.com/