Tuesday, December 6, 2011

:.. Be Good To Yourself ..:


Assalamualaikum w.b.t...
Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. baru selesai menghafal sajak untuk foundation english II.. Tapi, bersalahnya pada diri rasa sebab terlalu sibuk dengan panggilan free kerana rindukan rakan-rakan kat kolej lama sampaikan tak buat hafalan dan ulangkaji untuk subjek ustaz.. Alahai.. Istighfar banyak2 atikah.. Mak kata lepas asar tak boleh belajar.. errm.. betul juge tu. Jadi, mari-mari baca ni petikan dari IluvIslam.com ^^)

Trust yourself. You know what you want and need.
Put yourself first. You can't be anything for anybody else unless you take care of yourself.
Let your feelings be known. They are important.Express your opinions. It's good to hear yourself talk.
Value your thinking. You do it well. Take the time and space you need. Even if other people are wanting something from you.
When you need something, don't talk yourself out of it. Even if you can't have it, it's ok to need.When you are scared, let someone know. Isolating yourself when you're scared makes it worse.
When you feel like running away, let yourself feel the scare. Think about what you fear will happen and decide what you need to do. When you're angry, let yourself feel the anger.
Decide what you want to do. Just feel it, express it, or take some action. When you're sad, think about what would be comforting.
When you're hurt, tell the person who hurt you. Keeping it inside makes it grow. When you have work to do and you don't want to do it, decide what really needs to be done and what can wait.
When you want something from someone else, ask. You'll be okay if they say no. Asking is being true to yourself. When you need help, ask. Trust people to say no if they don't want to give.
When people turn you down, it usually has to do with them, and not with you. Ask someone else for what you need. When you feel alone, know there are people who want to be with you. Fantasize what it would be like to be with each of them. Decide if you want to make that happen.
 When you feel anxious, let yourself know that in your head. You've moved into the future to something scaryand your body has gotten up the energy for it. Come back to the present. When you want to say something loving to someone, go ahead. Expressing your feeling is not a commitment
 When someone yells at you, physically support yourself by relaxing into your chair or putting your feet firmly on the floor. Remember to breathe. Think about the message they are trying to get across to you.
 When you're harassing yourself, stop. You do it when you need something. Figure out what you need and get it. When everything seems wrong, you are overwhelmed and need some comforting. Ask for it. Afterwards, you can think about what you need to do.

Saturday, December 3, 2011

Bidadari Syurga vs Bidadari Dunia

Assalamualaikum w.b.t..
Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. Allah S.W.T. masih berikan ana peluang untuk menulis dan berkongsi ilmu dgn semua.. ^^
MasyaAllah.. cantiknya bukit sebelah masjid kisdar ni.. Hebat kan ciptaan Allah S.W.T. ?
Allah sayangkan ana.. Hati ana berbunga2 sekarang. ^^

Ana nak kongsi sesuatu dengan muslimah-muslimah semua..
Habibbati.. juga enti2 semua.. hehe :)

Tentang ceramah Bidadari Syurga vs Bidadari Dunia..
Oleh : Ulama' dari kelantan, Ustaz Haji Lutfi bin Awang Man
          Maahad Tahfiz Ar Raudhah, Pulai Condong, Kelantan.

MasyaAllah.. baik sangat ustaz ni. :)



Sifat Bidadari Dunia :

- Seorang yang patuh pada Allah S.W.T. yang bersifat praktikal bukan imaginasi.
- Membekalkan ilmu tauhid yang ampuh pada dirinya.
- Kalimah Allah yang disebut biarlah dari hati.
- Orang yang paling cemerlang adalah orang yang sentiasa menyucikan hatinya.
- Sentiasa berzikir agar hati tenang..
- Jangan pandang dari rupa, tetapi pemakaian hati.
- Solat itu tiang agama. Assolatu Mi'raj ( Solat itu menaik)
- Wukuf qalbu.. Tika belajar, atau bekerja sentiasalah letakkan Allah dalam hati enti agar setiap urusan akan rasa tenang dan dipermudahkan olehNya..
- Allahu Ghayatuna ( Allah Matlamat Kita )

Ustaz juga ada pesan "Duduklah kamu dengan Allah (letakkan Allah dihati, segalanya mudah)..
Zikir dalam keadaan diam di rumah dan mengalir air kedua air matanya ganjarannya tak ada nilainya dengan dunia..

InsyaAllah.. MasyaAllah.. marilah sama-sama kita usaha untuk menjadi bidadari dunia. hihi ^^


Monday, November 28, 2011

:.. Rezeki Allah s.w.t. tentukan ^^ ..:

Assalamualaikum w.b.t..
Bismillahirrahmanirrahim..



Astaghfirullhalazim..
ana lupa nak share pesanan sahabat ana sebelum ana sambung belajar di Kolej Islam Darul Ridzuan.. maaf saudara ana semua yang sentiasa sudi baca blog ana..  :)

hmm..
Ana pegang kata-kata sahabat ana ni sepanjang ana belajar InsyaAllah..
Tika dalam perjalanan nak mendaftar belajar..

Ana dapat mesej berbunyi.. :
Assalamualaikum.. selamat kembali meneruskan belajar. Niat sungguh2 buat yang terbaik di tempat baru. Be just the way you are.. Don't give up! Jangan lupa pada parent, dan study smart.. Semoga Berjaya. Amin.. ^_^

Waktu tu.. air mata tangis ana tak henti mengenangkan nak tinggalkan mak dan abah..
Hati bercampur baur, rasa bersalah, rasa risau, rasa sedih, gembira pun ada..

Ana bertanya sahabat ana.. Ana risau ana putus asa lagi.. dah terlalu banyak da yang mak, abah korbankan untuk ana terutama dari segi kewangan..

Sahabat ana kata.. ,
Duit bukan segala-galanya, nak belajar ilmu Tuhan, InsyaAllah Dia perbanyakkan rezeki Atikah. Kita bukan tahu, itu kerja Dia, yang penting kita belajar cara merancang masa depan dengan baik. Dia saja yang tentukan..
Kita jaga urusan dengan Dia, pasti Allah mudahkan urusan kita..

Subhanallah.. makin mencurah2 pule keluar tangisan ni.. Tak mampu nak tahan,..
Juga tak mampu nak perlihatkan pada mak, abah..
Wajah mak dah berubah sejak pagi tu.. Ana nampak mak pura-pura bahagia..
Kalau boleh ana tak nak mak sedih sebab ana lagi..

Ana rasa gembira sangat kat kolej baru.. Terlalu tenang buat ana.. ^_^
Ana mahu wajah mak sentiasa ceria bila lihat anak ceria.. Tak henti2 ana ceritakan cerianya ada disini bila menghubungi mak..

Pesan dari sahabat.. :
Syukur pada Dia yang membri rezeki Atikah sambung belajar..
Ingt padaNya setiap saar. Doa senjata utama kejayaan seorang Muslim sejati.
Semoga dirahmati Allah s.w.t

Gembira apabila ustaz fiqh ibadah ana berpesan..,
"Setiap kali kamu masuk kelas belajar agama dengan ikhlas kerana Allah s.w.t., Allah s.w.t akan ampunkan dosa-dosa mak, abah kamu.. "
MasyaAllah gembiranya.! ^^

Sekarang.., ana tekad walau ana terpaksa tgglkan mak, abah..
tapi, ana tak henti minta pada Allah s.w.t. supaya lindungi mereka.. Sama juga ertinya jika ana ada.. Jika Allah s.w.t. tentukan akan berlaku, akan berlaku juga.. Yang pasti, ana mohon lagi pada Allah s.w.t. supaya jangan biarkan mak, dan abah sunyi tanpa cinta dari Nya..
^____^

:.. Istighfar ..:

Assalamualaikum w.b.t..
Bismillahirrahmanirrahim...

Cukup Allah s.w.t. bagi ana..
Ana cukup bahagia dan terlalu mencintaiNya..

Malam tadi,..
ana di tarbiyah oleh seorang Ustaz Muda sempena Maal Hijrah..
Tak sangka ana...,
kita semua diuji olehNya.. walau sebaik mana pun kita.., walau banyak mana pun amal kita...,
jika Allah s.w.t. hendak menguji cinta kita padaNya,.. kita tetap akan berhadapan jua..


Ana yang sentiasa terkenangkan dosa masa lampau kini sedar..
Mungkin dlu ana selalu tak percaya akan keampunan Allah s.w.t. dan makbulnya doa..
Dulu.., ana mohon pada Allah s.w.t. tanpa henti.. Tapi, terlalu lama ana menunggu sampai ana sendiri berkata dalam hati mungkin Allah s.w.t. tak nak berikan kebhagiaan tu kerana dosa-dosa lama ana..

Alhamdulillah... ana tak sangka,..
sekarang..
Ana teramat-amat bersyukur dan rasa berdosanya ana kerana telah bersangka buruk pada Sang Pencipta..
Kini,..
ana sedar walau lambat.. walau bertahun ana menunggu...
Allah s.w.t.. tetap makbulkan doa ana.. Cuma, ana yang tak pernah bersyukur..
Ampunan Allah s.w.t. lebih dari kesalahan insan...
Ana tahu.. Allah s.w.t. mahu ana rasakan pahitnya kehidupan sebelum datangnya manis.. Alhamdulillah...

Ana rasa beruntung sangat sebab ana rasa pahit tu sebelum ni..
Ana beruntung sangat sebab Allah s.w.t. uji ana..
sebab... Allah sayangkan ana..
Allah s.w.t. nak ana ada pengalaman dan lebih memahami sahabat lain.. MasyaAllah..
syukur yang tanpa henti dari mulut ana di setiap langkah hidup ana..

Namun, kadang-kadang ana terfikir..
Ana selalu terdengar muslimah kalau nak masuk syurga mudah saje.. Jaga 4 prkara tu..
Jika ana pun bnyk kurang lagi 4 perkara tu macam mana, Ya Allah..?

Ana bertanya pada Ustaz Muda malam tadi..
Subhanallah..
Ustaz Muda kata.. jika ana dah taubat nasuha dan berjanji takkan ulangi lagi..
Terhapuslah dosa yang dulu..
Ana rasa lega sedikit.. Tapi,..

Ana bertanya lagi..
Ana selalu rasa takut bila terkenangkan semua itu..

Ustaz Muda menjawab,,..
Istighfar bnyak2.., dan cakap pada diri yang atikah nak berubah dan takkan buat maksiat dulu lagi.. Nekadkan diri..

Ustaz Muda ada berpesan..
Kadang-kadang orang baik tak semestinya dia terus baik, orang yang kurang baik tak semestinya dia trus kurang baik..
Allah Maha Berkuasa .. Dia boleh buat apa yang Dia mahukan..
dan Allah s.w.t. juga bagi hidayah kepada sesiapa yang dia mahukan..
Dan Dia boleh uji orang yang baik dengan bermacam2 dugaan.. Kalau yang kurang imannya.. Habisla dia.. Sesat.. Masa tu.. Allah s.w.t. nak tgok kita ingat tak kat Dia... :)

MasyaAllah.. tenang sangat rasa hati ini.. Syukran Ustaz Muda..


Sunday, November 27, 2011

:.. Salam Maal Hijrah 1433H ..:

Assalamualaikum w.b.t..
Bismillahirrahmanirrahim..

Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam.. ^^
1433H ini bakal bermakna buat hidup ana.. InsyaAllah..
Moga ana sentiasa istiqamah dalam setiap ibadah . :)



Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha :)

Assalamualaikum w.b.t...
Bismillahirrahmanirrahim...


 

kambing ini dan saya nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.. ^____^

Alhamdulillah.. Allah S.W.T. masih memberikan kesempatan buatku merasai raya aidiladha kali ini.. :)



"Daging-daging unta dan darahnya sekali-kali 
tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah S.W.T.,
tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat
mencapainya.. "
(22:37)



Thursday, November 3, 2011

:..ManiiiiiisssSss..:

Assalamualaikum w.b.t...
Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. Allah S.W.T. masih mengurniakan nafas ini buat ku.. masih lengkap semuanya..
bersama hati yang tenang di petang ini.., ditiup hembusan angin di tingkap tempat berteduhku..

Juga, ucapan yang tak terhingga buat bonda yang sentiasa menemani saya untuk bergelak ketawa, juga ibu saudara yang masih comel walau diulit dengan dugaan yang tanpa henti dariNya.. 


mari mari.. cuma ingin meluahkan hasrat di hati yang lama terpendam................


                                                         COKLET!!!