Saturday, December 3, 2011

Bidadari Syurga vs Bidadari Dunia

Assalamualaikum w.b.t..
Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah.. Allah S.W.T. masih berikan ana peluang untuk menulis dan berkongsi ilmu dgn semua.. ^^
MasyaAllah.. cantiknya bukit sebelah masjid kisdar ni.. Hebat kan ciptaan Allah S.W.T. ?
Allah sayangkan ana.. Hati ana berbunga2 sekarang. ^^

Ana nak kongsi sesuatu dengan muslimah-muslimah semua..
Habibbati.. juga enti2 semua.. hehe :)

Tentang ceramah Bidadari Syurga vs Bidadari Dunia..
Oleh : Ulama' dari kelantan, Ustaz Haji Lutfi bin Awang Man
          Maahad Tahfiz Ar Raudhah, Pulai Condong, Kelantan.

MasyaAllah.. baik sangat ustaz ni. :)



Sifat Bidadari Dunia :

- Seorang yang patuh pada Allah S.W.T. yang bersifat praktikal bukan imaginasi.
- Membekalkan ilmu tauhid yang ampuh pada dirinya.
- Kalimah Allah yang disebut biarlah dari hati.
- Orang yang paling cemerlang adalah orang yang sentiasa menyucikan hatinya.
- Sentiasa berzikir agar hati tenang..
- Jangan pandang dari rupa, tetapi pemakaian hati.
- Solat itu tiang agama. Assolatu Mi'raj ( Solat itu menaik)
- Wukuf qalbu.. Tika belajar, atau bekerja sentiasalah letakkan Allah dalam hati enti agar setiap urusan akan rasa tenang dan dipermudahkan olehNya..
- Allahu Ghayatuna ( Allah Matlamat Kita )

Ustaz juga ada pesan "Duduklah kamu dengan Allah (letakkan Allah dihati, segalanya mudah)..
Zikir dalam keadaan diam di rumah dan mengalir air kedua air matanya ganjarannya tak ada nilainya dengan dunia..

InsyaAllah.. MasyaAllah.. marilah sama-sama kita usaha untuk menjadi bidadari dunia. hihi ^^


1 comment:

  1. Salam..Bidadari2...AKAK NAK JUGAK JaDi bIdadari..Usaha2...

    ReplyDelete