Saturday, May 11, 2013

Sanah Helwah ! :)

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t..
 what a lovely cake.. marvellousss!
birthday cake yg telah dimakan, dibeli dan sgt sdap spnjg thun lepas..

ana uhibbukum fillah ya usrati ^_^










untuk jendelahatinasuha.blogspot.com

بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum..
buat adik yang akak sayang..
yang bakal bernikah tidak lama lagi..
dan bakal menjejakkan kaki ke unisza..

terima kasih banyak-banyak kerana gembirakan akak sepanjang semester ni..
banyak perkara yang akak belajar..
terima kasih untuk semua tu..

sayang..
nanti dah pergi belajar jauh dari akak..
jangan lupa akak pula yea..
nanti nikah jangan lupa jemput akak..

sayang.. 
jangan sedih-sedih yea..
akak percaya suatu hari nanti..
sinar bahagia tu akan sapa adik dan sentiasa kekal bersama adik..

moga Allah membalas jasa adik yang akak sayang ni..
akak kat sni.. akan sntiasa ingat kat adik akak yang comel ni..
akak akan pegang dan ingat segala yang adik pesan..

sekian saja..  moga Allah sntiasa brsama kita..
jaga diri , jaga iman ^_^

*mogadibacawalautahuadiktakpandaiberblogging. huhu =_=''

Bidadari Syurga :')

بسم الله الرحمن الرحيم




Dalam kelembutanmu,
ketegasanmu tak tergugah.

Dalam penuh rasa malumu,
suaramu menggegar dunia.

Di sebalik halus jemarimu,
tergenggam utuh janji setia.

Wahai bidadari syurga...
kau tambat hati pada yang ESA.


Saturday, April 20, 2013

ada apa pada atap ^_^

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum dan selamat petang ^_^
pagi tadi ad someone uji ana dengan 1 soalan..
ada apa pada atap ??





ok dengan jujurnyee ana jawab..
ada cicak, ada hantu kak limah smua la.. hehe.
so, sabar jelaaa jadi hamba Allah ni.. :)
at last hamba Allah ni xplain la.. tp so sweet..
boleh simpan dalam fon, n nk kongsikan pada sesiapa yg baca blog ni sbg tmbahan ilmu ^_^


Hamba Allah kata.. : 

Atap di umpamakn cm dri kita.. kayu yg memegang atap supaya xjatuh kebawa adalah iman dan taqwa kita.. manakala paku2. Yg menguatkn lg atap supaya tidak d terbangkn oleh angin n tidak terkalih tmptnya umpama amlan2 baik kita.. lg byk paku2 yg diketuk pd atap rapuh..umpama kita manusia makin lme makin tua..dan pasti atap yg bru akan di ganti..dan pastikan atap yg baru di BINA kukuh tidak jatuh kebwh dan boleh d terbangkn oleh angin..

Saturday, March 9, 2013

Wahai orang yang lembut hatinya.. :')

بسم الله الرحمن الرحيم




Teristimewa buatmu yang pernah hadir dihatiku..
Walaupun kita tak pernah bertemu, namun hadirmu selalu menemaniku..
Sebelum ini belum pernah aku mencoretkan sesuatu untukmu..
Aku tak berani ungkapkan rasa itu..
Tetapi tak tahu kenapa hati ini teringin menulis sesuatu untukmu..
Walaupun kamu tidak tahu rasa itu,
aku akan tetap menunggu

Wahai orang yang lembut hatinya..
Entah dari mana aku mulai menyusun kata – kata untuk mengungkap segala sedu – sedan dan perasaan yang ada didalam dada. Saat kau baca coretan ini, anggaplah aku ada di hadapanmu dan menangis, kerana rasa kasihku padamu.

Wahai orang yang lembut hatinya..
Hadirmu tiada ku duga. Pertemuan denganmu tiada pernah ku kira. Semua itu adalah sebuah rahsia. Pastinya Allah ada rencana untuk kita semua. Sedikit pun aku tak mengenalmu bahkan namapun ku tak tahu. Pertama kali pertemuan itu telah buat aku suka padamu.

Wahai orang yang lembut hatinya..
Walaupun kau tak sesempurna harap,  namun entahlah aku tertarik padamu. Hati ini tak mungkin dapat berbohong rasa ini walaupun aku hanya mampu menyimpan dihatiku
Namun hadirmu selalu ku tunggu.

Wahai orang yang lembut hatinya..
Sejak aku kehilangan rasa aman dan kasih sayang serta merasa sendirian tiada memiliki sesiapa, kecuali Allah. Kaulah orang pertama datang memberikan ku rasa simpatimu dan kasih sayangmu. Aku tahu kau telah menitiskan airmata untukku ketika orang lain tidak mempedulikan ku..

Wahai orang yang lembut hatinya..
Ketika orang-orang disekitar ku  tidak peduli dan bosan dengan apa yang menimpa diriku, tetapi kau tidak. Kerana orang yang ikhlas tidak pernah mahu mengingat kebajikan yang telah dilakukannya. Aku hanya ingin mengungkapkan apa yang saat ini berada dalam  jiwa…

Wahai orang yang lembut hatinya..
Sebenarnya aku tidak layak pun untuk menulis semua ini untukmu. Tetapi rasa hormat dan cintaku padamu yang setiap detik membesar didalam dada terus memaksa. Aku sebenarnya merasa tidak  layak mencintaimu tetapi apa yang mampu dibuat oleh makhluk yang daif  seperti ku ini.

Wahai Orang yang lembut hatinya..
Adakah aku salah menulis semua ini? Segalanya menderu di dalam dada dan jiwa. Sudah lama aku menanggung nestapa. Hatiku selalu kelam oleh penderitaan. Aku merasa kau datang dengan seberkas cahaya kasih sayang. Belum pernah aku merasakan rasa cinta pada seseorang sekuat rasa cintaku padamu. Aku tidak ingin menganggu dirimu dengan kenistaan kata-kata  yang tercoret dalam bingkisan ini. Jika ada yang bersalut dosa, moga Allah mengampuni.
Aku mengharapkan kau menjadi milikku suatu hari nanti. Semoga  Allah memperkenankan doaku.
Maafkan aku andai apa yang aku tulis ini membuatkan sesetengah orang tidak menyukainya, maafkan aku..

Ku harap kasih sayangmu dapat menyembuhkan luka ku. Ku harap kesetiaanmu akan kekal terpatri dalam jiwamu, walaupun aku masih ragu akan semua itu, tetapi semuanya aku serahkan pada sang pemilik hati ini..


- akuislam/blog




Sunday, February 24, 2013

usaha untuk yang terbaik :)

بسم الله الرحمن الرحيم




Alhamdulillah untuk hari ini..
sampai sini sahaja penantian aku..
biar Allah sahaja yang tentukan..

نور اتيكه
cukup jangan tunggu..
jangan mengeluh lagi..
selesaikan pembelajaran..
thun hdpan bakal jadi satu kebanggaan untuk mak,abah..
dapat pegang segulung diploma yang telah lama ana nantikan.. terlalu lama..
walau mungkin bukan dalam bidang yg ana sangat minati dulu..
tapi, yg sekrang jauuh lebih baik.. 
kalau ada rezeki mungkin lebih awal ana dapat tamatkan pelajaran..
ana nekad..

lupakan segala kisah itu..
kisah lama yg bertandang semula dalam fikiran..
lupakan segala rasa yang sentiasa bermain di fikiran..
utamakan mak, abah..
itu lebih penting..

fokus pada pelajaran..
sehingga kamu degree..
tika itu, terpulanglah untuk kamu bersuara nor atikah..
tika itu usia juga sudah meningkat..
sekrang kamu masih muda untuk mempertahankan..
In Shaa Allah.. timba ilmu melalui pengalaman..
sebanyak yang mngkin.. jangan putus asa..
ramai lagi di luar sana utk kamu tambhkan ilmu melalui pengalaman mereka..

نور اتيكه
muslimah yang sentiasa dilindungi Allah.
jika kamu percaya..
Allah itu Wujud dan sentiasa Adil..
yakinlah,.
kasih sayang darinya takkan pernah putus..
dan percayalah Dia takkan pernah lepaskanmu terumbang-ambing..

biar susah   نور اتيكه..
biar sakit untuk menerima..
asalkan Allah tahu..
tutup mulutmu dari terus melepaskan rasa..
maniskan wajahmu..
tunjukkan rasa gembira..
itu lebih baik..
dari kamu terus menyakiti hatimu sendiri..
jika kamu tak mampu menahan rasa..
tangislah..
di hadapan Dia yang benar-benar kamu percaya..
yang tak mungkin menyebarkan ceritamu pada sesiapa..

mmg susah untuk jadi baik..
sekiranya tiada keikhlasan dalam diri..
IKHLAS   نور اتيكه..
untuk melahirkan KEIKHLASAN bukan suatu yang mudah..
jangan merungut  نور اتيكه ..
sudah bertahun kamu merasai susah tu..
kenapa perlu merungut lagi..?

Alhamdulillah ana berjaya terapkan sdikit sebanyak sifat Rasulullah dalam diri..
ana cuba dan sentiasa mencuba..
bukan mudah.. susah.. sangat susah.. tapi masih ada yang tak cuba untuk faham..
tlg ana merayu untuk jangan memaksa..
biar ia lahir sendiri.. :')

Friday, February 15, 2013

Lepaskan ia pergi kalau itu lebih baik.

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah untuk hari ini..
syukur kepada-Mu, Ya Allah..
ada gambar comel untuk dikongsikan bersama .. :)



Tuesday, February 5, 2013

Pernikahan :)

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah.. terasa banyak idea pula 2,3 hari ni..
Allah kurniakan ana seorang sahabat juga saudara semuslimah
yang bakal bernikah tidak lama lagi.. walau usia nya lebih muda tetapi dia telah 
banyak membantu ana dalam mengerti apa itu pernikahan.. bukan mudah untuk memujuk dan memahamkan keluarga terutama mak, ayah untuk melepaskan anaknya pada seorang lelaki yg bakal menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami.. ana juga mulai rapat dengan seorang ukhti yang bergelar kakak telah bernikah dan mempunyai seorang anak kecil yang sangat comel.. matanya bulat (^_^)

ayah kepada kakak ni berpegang pada bahawa sekiranya anak perempuan bersuara untuk bernikah, maka nikahkanlah.. 


bersama ukhti yang sudah bergelar isteri.

kadang ana rasa malu, walaupun ana telah buat kajian dan menjawab persoalan anak muda untuk bernikah awal dan meyakinkan mereka nikah usia muda bukan suatu penghalang tetapi ana sendiri masih rasa takut dan bimbang untuk menghadapinya sekiranya suatu hari nanti Allah pertemukan jodoh ana di usia sebegini.. 
ana belajar bidang agama dan ana harap ana faham apa itu pernikahan dengan sebaiknya kerana ana adalah dai'e.. 
kebanyakan mereka suka mendengar nasihat dari orang yang mempunyai pengalaman..
namun, ana rasa ana kurang bab ini tetapi hanya pandai bercakap di dalam kelas ttg apa itu pernikahan di awal usia.. ana berharap Allah pertemukan ana dengan jodoh ana seawal yang mungkin..
banyak sebab kenapa ana mengharapkan begitu..
bukan menggatal..
tetapi..
Itu janji Allah untuk melindungi muslimah dari melakukan maksiat..
inilah sebab kenapa ramai dari bidang agama yang bernikah ketika belajar.. bukan suatu masalah namun ia merupakan penyelesaian agar mudah untuk memahami apa yang kita belajar... kerana Allah akan block hati kita dari terima ilmu selagi kita masih dalam perkara maksiat..

ana juga tahu ramai mengatakan pernikahan itu sukar.
ibarat ukhti kata, dalam pasangan suami isteri ada turun naiknya..
ana tak kisah dan ana takkan mengalah kerana kehidupan walau kita seorang mahupun berpasangan kita tetap akan diuji.. percayalah itu janji Allah..

ana juga berharap ana dapat lahirkan zuriat yang soleh solehah.. seramai yang mungkin ana harapkan..
juga menjadi kebanggaan mak,ayah ana nanti..
mak,ayah ana pernah berharap sebelum ana lahir, ana anak lelaki yang bakal dimasukkan ke sekolah tahfiz.. namun, anak perempuan pula yang lahir... tak mengapa mak, abah.. In Shaa Allah.. anak-anak ana akan ana hantar kesemuanya belajar bidang tahfiz tak kira lelaki mahupun perempuan..
ana akan didik dari kecil..ana sambungkan cita-cita mak, abah kepada anak-anak ana nanti..

ana juga tidak boleh menolak lelaki yang sudah sempurna dan cukup syaratnya dalam Islam untuk masuk melamar..
tetapi yang ana harapkan...
dia mengenali siapa ana dari mak,ayah ana.. 

kini, mulai dari hari ini..
ana nekad melakukan istikharah dan hajat mohon petunjuk dan keyakinan hati..
dan yang paling penting ana harapkan agar Allah campakkan rasa juga ilmu ttg apa itu tggjwb sebagai seorang isteri... :)

matanG :)

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah.. pagi-pagi begini sebelum masuk kelas sebentar lagi..
terjumpa blog yang mantap isinya, pendapat ana yea ..
"ceria, budak-budak itu luaran, jgn terkejut jika 
aku tunjukkan kematangan itu! " (^_^)''

http://shafaza-zara.blogspot.com/2010/01/tanda-matang-adalah-punya-teman-hidup.html


also, photo di bawah ni yg sangat mantop utk muslimah yg sweet di luar sana :)




jangan bezakan DIA dan KITA!

بسم الله الرحمن الرحيم





Alhamdulillah.. syukur pada Allah yang masih mengurniakan nafas buat ana..
pelbagai persoalan dalam minda dari dulu hingga kini..
kebanyakan nya atas dasar tauhid.

Allah kurniakan seorang insan dalam hidup ana..
banyak membantu tanpa bertanya..
dia merungkaikan segala kekusutan dalam pemikiran ana..
dia ustaz ana.. syukran ustaz.. :')

merungkaikan persoalan tentang solat..
ada seorang sahabat bertanya pada ana..
kenapa perlu dia solat sedangkan ramai di luar sana yang solat tapi masih buat maksiat..
dgn tidak disangka tanpa ana bertanya...
ustaz bercerita tentang topik yg sama dalam pemikiran ana..
ibadah solat antara kita dengan Tuhan kita..
ibarat kamu membezakan yang halal dengan yang haram...
manfaatnya memakan makanan yang halal ibarat manfaat nya solat..
khusyuk tika solat itu yang membezakan kenapa masih ada yang berbuat maksiat walau pun 
solat tak pernah tinggalkan..

persoalan kedua dalam minda ana..
kenapa ada di kalangan mereka yang memulaukan saudara Islam mereka sendiri..
mengapa mereka menuduh saudara mereka sendiri tanpa bukti..

ustaz rungkaikan lagi tanpa ana bertanya..
ustaz kata, tak perlu nak mendengar dan menyampaikan kalau ianya tak nampak dengan mata kamu sendiri..
kalau hanya dari mulut menyampai kepada mulut itu adalah fitnah..
bayangkan kamu ditempat orang yang difitnah, bayangkanlah. malu atau tidak ?
jika dengar, hentikan! cukup dengar itu jgn sambung dan sampaikan pada yang lain..
adakah kamu nampak dgn mata kamu sndiri? kalau tidak, biarkanlah..

ustaz bercerita lagi tentang murtad..
orang suka menghukum terus murtad hukumnya bunuh!
fikir logik akal, berapa ramai umat Islam yang murtad secara sembunyi..
jika ada antara sahabat kita yang kita lihat mereka melakukan perkara murtad, 
tak perlu kita serang, pergi pada dia dan fahamkan dia apa itu Islam..
sebelum menghukum, tanya dulu mengapa dia murtad?
sebelum menghukum, lihat dahulu bagaimana umat Islam membawa Islam itu sendiri..!

Allah Allah..
jauhkan aku dari fitnah dunia..
dan jauhkan aku dari sikap sombong dan membeza-bezakan manusia...
sedang di padang mahsyar nanti, kita semua sama..
jangan fikir dia ambil dadah, dia pelacur, dia HIV, dia minum arak, dia clubbing, 
dia berzina, dia gila seks, dia murtad, dia mencuri, 
jangan katakan dia hina! 
jangan bezakan dan jangan sesekali pinggirkan saudara kita!
ada yang memulaukan mereka dan berkata atas dasar kebaikan..
kebaikan apa?
sbg contoh, mereka kata, perlu elak sebab dia kuat mencuri..
adakah cukup sifat kamu dari kekurangan seperti lupa?
adakah kamu pasti dia yang mencuri?
walhal jika barang yang dicuri ada pada dia belum tentu lagi kita boleh fitnah dia yang mencuri..
ibaratkan orang lain letak dadah dalam beg kita,
kita dihukum gantung tanpa ada buat salah apa-apa..
nampak besar bukan keburukan fitnah?
mudah kata, tak boleh terima apa yang Allah dah tetapkan
bahawa kalau Allah kata jadi, jadilah..
ibarat kalau barang kita hilang walaupun kita sayang barang tu, kalau Allah tetapkan hilang,
ianya akan tetap hilang..
Alhamdulillah ana dibesarkan dalam keluarga yang sentiasa salahkan diri cuai dan tak pernah terdetik
untuk mengatakan yang lain..

tambahan lagi, kamu semua telah dewasa bukan budak kecil..
jika dia mengajak kamu kepada perkara jahat, mahukah kamu ikut?
sedang dah boleh fikir perkara baik buruk..
kawan, faham dia, jadikan dia sahabat tak salah.. tapi jangan biarkan iman kamu lemah dengan mudahnya ikut dia lakukan maksiat..

jangan sesekali kau sombong menganggap kau mulia..
dan fikirkanlah kalau kisah hidup mereka ada dalam kisah hidup mak,ayah kamu, adik beradik kamu, mahupun darah daging kamu..
sanggupkah kamu buang mereka?
atau yang lakukan itu kamu sendiri?

ana katakan semua ini kerana kehidupan sekeliling ana ada mereka..
mereka yang kamu pandang hina..
jika ada yang menyuruh ana memulaukan mereka, mudah ana katakan TIDAK..
kerana ana hidup dengan mereka seperti itu dari dulu hingga detik ini..

Allah nilai kita tika pengakhiran hidup kita..
mereka yg melakukan jenayah dan perkara hina yang kamu pandang itu mungkin lebih baik dari kamu kemudian nanti.. 

Fikirkanlah wahai saudaraku..
tambah pula pada yang belajar dalam bidang agama..
ustaz kata, tak cukup belajar pandu buku saja, sedang tak mahu tambah lagi dalam kehidupan seharian..
ingat wahai saudaraku yang belajar bidang agama..
jangan terlalu jumud dan fikirkanlah..
ini zaman moden, berdakwahlah ikut cara moden.. :')

Saturday, January 26, 2013

Ya Rasulullah.. Ya Habiballah.. :')

بسم الله الرحمن الرحيم





Maulidur Rasul kali ini amat bermakna dalam hidup aku.. 

hanya dengan menonton tv alhijrah spnjang 2,3 hari ini penuh dgn penghayatan kepada Nabi.. 
Allah lahirkan rasa cinta dalam hatiku kepada Baginda.. setiap kali mereka di luar sana menyebut namanya, tnpa sbb aku menangis mencari-cari siapa Baginda sebenarnya.. terlalu lama aku cari.. kini, terlalu banyak yang buat aku sedar.. aku belajar siapa Baginda.. aku tanam rasa cinta kepadanya dalam hati aku..



Allah.. syukur kepada Allah yang telah membuka hati ini.. Allah.. jangan biar hati ini tertutup lagi dengan sinar hidayahmu..

Ya Rasulullah.. semakin hari semakin banyak aku belajar tentang dirimu.. 

Ya Habiballah.. aku ingin bertemu denganmu.. bantulah aku di akhirat nanti.. :')

Friday, January 18, 2013

anugerah :')

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah.. hari ini hari anugerah buat ana.. 
result belajar itu hadiah yang paling bermakna buat ana untuk mak, abah dan keluarga..
ana usaha sebaik mungkin.. kerana ana nak gembirakan hati mak, abah..
ana nak tunjukkan pada family yang ana mampu untuk usaha yang terbaik..

Allah... 
jangan biar aku putus asa dalam hidup ini...
aku tahu aku tak mampu untuk membalas segala jasa dan pengorbanan mak,abah..
tapi...
aku mahu mereka tersenyum gembira kerana aku.. :')



Tuesday, January 15, 2013

oh Muslimah :)

بسم الله الرحمن الرحيم




Perempuan bagaikan sekuntum bunga terpelihara, tidak semua kumbang boleh menghisap madunya. Berlemah lembutlah dalam melayan mereka, kerana jika tidak, mereka boleh menjadi seganas serigala.


Monday, January 14, 2013

comelku sayang :)

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah.. cuba utk bersemangat hari ini.. (^_^)''  
mulut letih nak menjawab bila ramai bertanya kenapa ana tak mahu. huhu (T_T)

paling penting ana sangat merindui budak comel ni. hehe :)


Tuesday, January 8, 2013

ADAM!

بسم الله الرحمن الرحيم





wahai Adam.. jika kamu sayangkan Hawa.. tolong jangan hancurkan kehidupan mereka.. 
jangan seronok bcakap di khalayak berpesan supaya kaum Hawa menjaga 
ikhtilat juga aurat.. 

sedang kamu masih seronok bermesra melayan mereka.. sesiapa sahaja 
yang kamu dakwah,
pasti mereka akan lihat sikapmu..kamu sndiri tahu bukan sifat pendakwah itu apa 
sebelum kamu berdakwah.. cerita tentangmu takkan tersebar sekiranya kamu 
benar-benar menjaga ikhtilatmu..


Friday, January 4, 2013

cinta Allah cinta yang tumbuh beransur-ansur.. :')

بسم الله الرحمن الرحيم




Anakku,

Engkau bertanya bagaimana cara mewujudkan CINTA ALLAH di hati?
Ketahuilah sesungguhnya cinta itu tidak muncul tiba-tiba. Cinta tidak boleh dipaksa. CINTA ALLAH adalah pohon yang tumbuh secara beransur-ansur dalam hati. Pohon cinta ini ada benihnya yang perlu disemai, disiram, dibaja dan dibela. Tanah tempat menanam benih pohon cinta itulah HATI. Barang siapa yang sudi menanam benih pohon cinta itu di hatinya ada harapan benih itu akan tumbuh menjadi pohon yang rendang dan berbuah sebagaimana benih pokok tidak pernah pupus, maka begitulah benih CINTA ALLAH akan terus menerus wujud hingga bila-bila. 
-ABU AQIL-



petikan sumber : sinergi edisi 09

Thursday, January 3, 2013

wifi hostel dah OK (^_^)

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t. & good morning (^_^)''
ok, pagi-pagi macam ni dah buka blog, feels sooo happy to update..
bcoz line wifi hostel dah ok. so, mulalah kegiatan ber-blog.

Pagi ni juga, I have to present Munakahat maybe..
ok, I would like to share bout "nikah di awal usia" ..
wah-wah-wah, tanyalah siapa pun siapa tak nak nikah awal kan..
but, mcm biasa banyak persoalan kat minda student yang buatkan mereka susaah nak nikah awal.. 

so, ana nak share skitlah persoalan-persoalan tu kat blog yang comel ni. hehe (=_=)"

but, I'm late to class..
sooo, ana post di lain hari sajalah..
ana tinggalkan blog comel ni (=_=)'' bsama photo yg sgt comel.. (^_^)''



kalau tak boleh buat baik, jangan pula buat jahat :)

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah.. hari ini Allah masih kurniakan nafas ni buat diri yg serba 
kekurangan mencari kekuatan..

1.1.2013 ,  ok, I am 21, yup, smemangnya sudah tua dan msih mcari pgalaman utk 
dijadikan bekalan hidup (^_^)

ok target bfore 24 bakal bernikah, time tu ana tgah sibuk bt dgree.. ok, ana menanti jodoh ana sebaiknya dan mnjaga ikhtilat sbaik mungkin... In Shaa Allah.. and the most importnt 1 is ana bakal grad next year. huhuhu, mmg lambat lagi, I know that but hope pointer tak menjunam jatuh.. please please please my result is the best gift for my parent, so, ana tak mahu bagi hadiah yg teruk buat parent yg tercinta..

Tonight at 12.44 a.m., ana buka blog n I think I wanna share somthing in this photo..
bulat-bulatkan mata & slamat beramal..  :)