Saturday, April 30, 2011

Faatimah Az Zahrah'


Assalamualaikum wbt..

Faatimah Az Zahrah'
Terima kasih sebab ubati hati ana.. <3
Terima kasih sebab teman ana menangis malam ni...
Ana sayang enti sangat2..
Ana rindu surau.. ana rindu tempat lepak kita..
Dulu kita tak pernah berenggang.. tapi..
ana minta maaf ye. ana rindu sangat dengan suasana dulu..
sem depan.. ana tinggal luar hostel. tak dapat lagi kita bersama..
ana rindukan enti.. :'(

Friday, April 29, 2011

niQaB


Assalamualaikum wbt..


niqab@purdah. cukup kah ilmu didada dan adakah aku layak memakainya.. persoalan ini sentiasa berlegar di minda.

bila lihat wajah-wajah yang memakainya, terdetik juga hati ni mahu memakai. tidak semestinya sesiapa yang memakai purdah sempurna sifatnya. setiap manusia sentiasa melakukan kesilapan. namun, dengan niqab mungkin mampu mengubah hidup kita..

mampukah niqab ini membantu ku agar dapat menuju ke arah perubahan yang lebih baik.?
lihatlah seseorang itu menggunakan mata hati. bukan lihat dari rupa parasnya..



Tuesday, April 19, 2011

inilah saya..


jangan melihat seseorang dr paras rupanya. cubalah selami apa yang di hatinya dan difikirannya.. kita takkan memahami dan mengenal seseorang itu selagi kita tak belajar untuk mengenalinya scara lebih mendalam.. perubahan takkan boleh berlaku secara drastik..
itulah saya.. tiada kaitan dengan sesiapa melainkan saya berkata tentang diri saya sendiri.. dan saya juga faham hati mereka yang sama seperti kisah saya.. segalanya boleh diubah jika tidak dipaksa.. berubah lah secara perlahan-lahan. jangan paksa diri jika masih tak mampu.. takut kembali kepada yg dahulu..
salah saya kerana dahulu tidak memhami perasaan org lain. tpi, inilah saya sekarang. mahu memahami mereka yg sama kisahnya spt saya.. pada sesiapa.. tanya dahulu sbelum membuat andaian.. hanya tuhan saja yg tahu apa yg ada di hati saya.. betapa beratnya dugaan yang saya harus pikul.. namun kerana cinta saya pada Allah S.W.T. saya masih mampu tersenyum.. :)

Monday, April 18, 2011

InsyaAllah..

inginkan perubahan. tak salah untuk sama-sama berubah kan..?



harapan dari seorang insan..

Friday, April 8, 2011

La Tahzan


Tolonglah.. Janganlah Bersedih =D Mari Senyum

Jangan bersedih, Allah Maha pengampun dan Maha penerima taubat

Jangan bersedih, setiap sesuatu telah ada qada dan qadarnya

Jangan bersedih, kerana kelapangan pasti datang

Jangan bersedih, kerana rahmat Allah melimpah ruah

Jangan bersedih, memaafkan orang yang menyakiti itu lebih baik

Jangan bersedih, masih banyak lagi nikmat yang ada pada diri kita

Jangan bersedih, dunia ini tidak layak ditangisi

Jangan bersedih, banyak cara untuk mengusir kesedihan

Jangan bersedih, anggaplah celaan orang itu sebagai angin yang lalu

Jangan bersedih , hinaan tidak selamanya buruk

Jangan bersedih, pilihan Allah adalah yang terbaik

Jangan bersedih, selagi anda masih boleh berbuat baik kepada orang lain

Jangan bersedih, keranan banyak lagi jalan untuk meringankan musibah

Jangan bersedih, masih ramai orang yang menyayangi anda

Jangan bersedih, kerana masih ada kehidupan lain

Jangan bersedih, tanyalah dirimu tentang hari ini, kemarin dan esok

Jangan bersedih, kesedihan boleh merosakkan badan dan akal fikiran

Jangan bersedih, kerana hidup ini bukan untuk bersedih

Jangan bersedih, selagi anda beriman kepada Allah

Jangan bersedih, segala yang ada di dunia ini tidaklah berharga

Jangan bersedih, nikmatilah apa yang anda miliki sekarang

Jangan bersedih, boleh jadi cubaan ini adalah anugerah

Jangan bersedih, kerana anda berbeza dengan orang lain

Jangan bersedih, terkadang kesulitan mengandungi manfaat

Jangan bersedih, kehidupan ini lebih singkat dari yang kita jangkakan

Jangan bersedih, kesedihan akan membuatkan musuh anda gembira

Jangan bersedih, hadapilah kenyataan walaupun pedih

Jangan bersedih, kerana...segalanya akan berakhir..insya-Allah


Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman. Surah Ali Imran : Ayat 139