Sunday, December 30, 2012

He's the One (^_^)

بسم الله الرحمن الرحيم





Cita-citaku hanya ingin menjadi wanita yang solehah..
aku sedang memperbaiki diri walau masih terlalu banyak kekurangan..

Alhamdulillah... hanya aku dan Kekasihku yang tahu perubahanku..
secara perlahan-lahan aku mendekatiNya..

walau tiada siapa yang tahu..
walau perit dan sakitnya untuk bertahan..
tetapi hatiku tetap hanya ada Dia..


Kekasihku yang Satu..  :')

cinta yang sweet :)

بسم الله اللرحمن الرحميم

Sumber : http://marziahmahaiyuddin.blogspot.com/






Assalamualaikum cintaku,
apa khabar imanmu hari ini ? diriku harap dirimu sentiasa cuba meningkatkannya.Maaf aku tidak menghubungimu,bukan sudah mula timbul rasa benci bukannya rindu tidak menjerat hati namun aku ingin menjaga kesucian hubungan kita...aku mahu BERCINTA SELEPAS NIKAH.

Buat bakal pelengkapku,
kaulah cinta luh mahfuzku,cinta pemberian Illahi,tidak mungkin dapat ku hindari rasa kasih ini.Rasa kasih ini akan ku pupuk menjadi benih cinta yang utuh namun dinginku sekarang bukan kerana perasaan itu makin menghilang namun aku mahu menjaga jarak yang hanya makin mendekat selepas nikah.Pasanganku,aku mahu BERCINTA SELEPAS NIKAH.

Cinta luh mahfuzku kelak,
kita tidak pernah bersua muka,kita tidak pernah bertegur sapa namun tidak ku perlukan semua itu kerana apa yang ku mahu kau menunjukku jalan ke syurga.Aku yakin Allah telah menentukan dikau yang terbaik untukku kerana itu aku tidak perlu mengenalimu sebelum nikah,aku cuma mahu BERCINTA SELEPAS NIKAH.

Bakal peraih cintaku,
akan ada suatu saat kita dapat bersua muka,selepas akad telah terkabul.Di saat itu ada sesuatu yang inginku beritahu.Kamu cinta yang ku damba hanya kamu yang ku nanti tidak akan ada yang lain kerana kamu pemberian Illahi.Terima kasih cintaku kerana memilihku.Kamulah cintaku selepas nikah.