Friday, September 17, 2010

Kisah ini mirip seperti kisah sahabat ana..


kisah ini mirip kisah arwah sahabat ana..
ana ambil dari facebook sahabat ana.. ana share..bagi pemilik video ini.. ana minta izin share di blog ana ..

Thursday, September 16, 2010

Terima kasih di atas pesanan..

Assalamualaikum wbt..,

Alhamdulillah..
hari ini ana dapat dua pesanan mesej dari dua orang hamba Allah..

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada engkau dari kesulitan dan kesedihan. Aku berlindung kepada engkau dari kelemahan dan kemalasan. Aku berlindung kepada engkau dari kekikiran dan berhati pengecut. Aku berlindung kepada engkau dari terbelit hutang dan tertindas orang lain." (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)





Dan jangan sesekali engkau mengatakan terhadap sesuatu, "Aku pasti melakukan itu besok pagi,"
kecuali (dengan mengatakan), "Insya Allah. Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah, "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini." (Surah Al-Kahf ayat 23-24)

Terima kasih..

Selamat Hari Raya Aidilfitri




SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua umat Islam..

Sunday, September 5, 2010

Fikir Positif +

Assalamualaikum wbt..,

buat sahabat ana, izzan..terima kasih..
itu sahaja yang mampu ana ucapkan..
izzan terima kasih atas bantuan anti..,
izzan selalu kata supaya sentiasa fikir positif..InsyaAllah ana cuba..terima kasih juga untuk 3 hari ni sebab temani ana dari kesepian...terima kasih banyak-banyak buat family izzan juga..





1. Bersangka baik dengan sesiapa saja.
Niatkan dalam hari, Anda mahu baik dengan semua orang yang ada di sekeliling Anda.
2. Tumpukan pada nilai-nilai murni.
Walau siapa jua yang Anda jumpa, yang Anda temui, bercakap dan berinteraksi, fokus pada sikap-sikap baik yang Anda lihat ada pada dirinya.
3. Elak emosi negatif.
Jauhkan diri Anda dari sikap pendengus, cepat marah, selalu sakit hati, asyik geram dan buruk sangka. Bila emosi-emosi negatif ada (walaupun sedikit), ia akan menghalang Anda dari menjadi orang yang berfikiran positif. Elak emosi-emosi negatif dari meresap masuk ke fikiran anda.
4. Istighfar serajin mungkin, seikhlas mungkin, sebanyak mungkin.
Lafaz istighfar dengan sepenuh hati dapat membuang segala emosi negatif yang bersarang di minda. Bila Anda sedar yang Anda sudah berubah sedikit ke emosi negatif ataupun sudah mula bersangka buruk, cepat-cepat istighfar. Bila mendengar orang lain memaki atau orang mengumpat, istighfar dalam hati. Sebab, perkataan buruk yang Anda dengar akan mencetuskan banyak gelombang emosi negatif yang mencemarkan pemikiran positif.
5. Play More, More and More. Have Fun!.
Hiburkan hati, dekatkan diri Anda dengan jenaka, lawak dan yang lucu-lucu. Ketawakan diri sendiri bila buat silap, ia mengelak dari rasa tertekan. Kesannya, Anda dapat maintain fikiran positif. Selain tu, cuba gembirakan diri. Bila rasa gembira, teruja dan seronok, Anda jadi lebih bermotivasi, lebih bersemangat!
6. Jangan ambil kisah cakapan orang.
Biarkan saja mereka. Buat saja, terus latih minda Anda supaya berfikiran positif dengan 5 langkah di atas. Terlalu banyak mendengar komen orang akan menyusahkan diri sendiri, kerana bila situasi negatif terjadi pada Anda (ditarik oleh pemikiran negatif), mereka hanya akan mampu melihat. Mereka hanya akan mampu berasa kasihan. Yang susah siapa? Anda juga sebab ia terjadi pada Anda, bukan mereka.
7. Elak menyalahkan orang, situasi, keadaan, persekitaran, benda.
Tetapi, salahkan diri sendiri, sebab tak buat yang terbaik. Anda kali ni silap, tekad untuk buat yang terbaik, lagi OK di masa akan datang.
Orang yang berfikiran positif tak suka menyalahkan sesiapa, menyalahkan situasi, keadaan, persekitaran, mahupun benda. Dia mengkaji di mana silapnya, menganalisa lalu mengambil inisiatif berubaha ke arah yang lebih baik.
Mungkin, hari ini Anda silap. Mungkin Anda GAGAL. Mungkin Anda dah nak “give up”.
Siapa tahu, esok mungkin hari yang cemerlang untuk Anda! ANDA BERJAYA..!!!


Friday, September 3, 2010

sesuatu yang tidak pernah dijangka selalu jadi pada diri kita ..
tapi, jangan mudah leka dengan kegembiraan yang muncul dalam hidup kita kerana ia mungkin tidak akan kekal lama..
kadangkala,kegembiraan juga mampu menjadikan kita alpa kepada Nya..
Allah SWT sayangkan hamba-hambaNya..


kegembiraan itu tidak pernah kekal lama..

Maka pada hari ini, buatkanlah orang lain berasa gembira dan kita juga akan berasa lebih gembira.

Dan apabila kita mati nanti, orang lain akan menangis sedangkan kita tetap akan gembira.