Tuesday, June 22, 2010

Hukum menggunakan facebook

Assalamualaikum wbt..,
http://www.zaharuddin.net/content/view/901/72/



Kembali kepada soalan, dalam menentukan keputusan dan hukum penyertaan facebook, menurut pendapat saya, terdapat beberapa isu yang perlu diperhati dan telah saya perhati sebelum saya memberi izin kepda rakan webmaster saya membuka fanpage facebook. Ia adalah seperti berikut :-
1) Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?
Kesimpulan bagi soalan ini telah saya ulas panjang lebar dalam artikel terdahulu. BACA DI SINI . Kesimpulannya, adalah dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, menggunapakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi, selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal.
Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis yang sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-
‏أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ
Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW" ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)
Tambahan dalil boleh dibaca dari link artikel saya yang lalu di atas.
2) Apa maksud saudara penyoal dengan ayat ‘menyumbang kepada bangsa Yahudi'?
Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah s.a.w dan para sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah.
Cuma persoalannya di sini, adalah menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis. Namun adakah dakwaan itu boleh dibuat dan dipercayai semudah itu, tanpa sebarang bukti jelas dan hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?
3) Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?
Begini, jika ternyata dari sumber yang sohih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang mana digunakan hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, tatkala itu barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama.
Dalam konteks facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah facebook, tidak menyertakan bukti jelas berkenaan hal ini. Semuanya membuat andaian itu dan ini, sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar boleh mengajak kita untuk berhati-hati dan peka sahaja.
Malah majoriti pengguna facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat tersebut. Kecuali yang menyertai skim-skim yang ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan)
Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti-bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum. Justeru boleh saya katakan, kajian telah dibuat dan kami gagal MENDAPATI sebarang bukti untuk menyokong andaian-andaian pihak yang membuat andaian.
Jika dikatakan
"bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pihak syarikat facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap-senyap"
Tanpanya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama ini. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara dan aktviti lain, kerana larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam beragama Hindu, Kristian, Buddha dan lainnya. Penjual-penjual tersebut juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap. Akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri, hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti yang jelas.
Oleh kerana itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukum adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun facebook.
Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syuhbat diketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian ‘case by case'.
Cuma menurut maklumat yang diterima, puak Yahudi Zionis sendiri TIDAK PUAS HATI dengan facebook. Sila BACA DISIN I
Pun begitu, pengguna facebook sukar untuk dibebankan dengan masalah ini kerana mereka TIDAK BERJUAL BELI denga facebook, mereka hanya menggunakannya secara percuma. Jika dikatakan, penggunanya menyebabkan trafik facebook menjadi tinggi dan iklan mencurah masuk lalu memberi keuntungan kepada pemilik facebook. Ia juga sukar kerana kesesakan trafik bukanlah bersifat ‘direct' membantu facebook, tambahan pula sebagaimana di katakan tadi, tidak jelasnya sumbangan kepada keganasan Yahudi.
4) Privacy pengguna facebook dijajah?

Ini mungkin ada benarnya, setelah saya menghabiskan bacaan privacy policy yang terkandung di dalam web facebook, ia memberikan gambaran bahawa gambar, info dan segala yang terkandung di dalam facebook kita boleh tetap wujud di facebook orang lain yang dikongsi, dan saya yakin pihak facebook juga mempunyai simpanan data terbabit.
Policy menyebutkan :
"Even after you remove information from your profile or delete your account, copies of that information may remain viewable elsewhere to the extent it has been shared with others, it was otherwise distributed pursuant to your privacy settings, or it was copied or stored by other users."
Terma ini adakalanya boleh membawa sedikit mudarat jika tidak ditangani dengan bijak oleh pengguna. Namun demikian, terma ini sahaja tidak mampu menjadi keseluruhan facebook sebagai haram.
Selain itu, juga disebutkan :
To respond to legal requests and prevent harm. We may disclose information pursuant to subpoenas, court orders, or other requests (including criminal and civil matters) if we have a good faith belief that the response is required by law. This may include respecting requests from jurisdictions outside of the United States where we have a good faith belief that the response is required by law under the local laws in that jurisdiction, apply to users from that jurisdiction, and are consistent with generally accepted international standards. We may also share information when we have a good faith belief it is necessary to prevent fraud or other illegal activity, to prevent imminent bodily harm, or to protect ourselves and you from people violating our Statement of Rights and Responsibilities. This may include sharing information with other companies, lawyers, courts or other government entities."
Berdasarkan kepada terma di atas. Sebenarnya pihak facebook mempunyai hak untuk mendedahkan informasi kita kepada mana-mana berdasarkan alasan yang disebut di atas. Tiada takrif jelas bagi yang disebut di atas, semua masih tetap terpulang kepada keputusan pihak facebook. Maka menyerahkan info dan gambar kita kepada syarikat tertentu, CIA, FBI atau apa jua badan kerajaan adalah hak facebook jua.
Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan pengunaan facebook sebagai haram, apa yang perlu adalah kawalan dan had limit.
KESIMPULAN
Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut :-
· Hukum membuka akaun dan menggunakan facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama facebook samada melalui dana kepada Yahudi, Amerika dan lainnya.
· Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latarbelakang pengasas dan syarikat facebook, mereka dinasihatkan untuk TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna facebook agar sentiasa berhati-hati, namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram secara umum.
· Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan untuk :-
a- Memanupulasi akaun facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.
b- Limitasikan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.
c- Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi ( khsusunya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had limitasi, tanpa kawalan ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat. Di samping ia akan kekal di facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook.
d- Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.
e- Tidak terlibat dengan permainan-permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.
f- Tidak mempercayai aplikasi tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma facebook. Sama ada atas dasar ‘main-main' atau tidak.
g- Menyedari bahawa maklumat kita di facebook boleh menjadi database pihak asing untuk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika tidak dikawal. Database sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana facebook. Hatta parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu update sebagaimana facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan.
Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna dan membuka akaun facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Malah jikalau terdapat unsur syubhat sekalipun, ia telah diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui facebook itu.
Sekian,

Sihir dan makhluk halus

Assalamualaikum wbt..,

http://www.darussyifa.org/

setelah melayari laman web tersebut makna sihir dapat dipelajari..
antaranya ialah..,




MAKHLUK HALUS DAN SIHIR
erti sihir(antaranya):

Suatu kerja jahat secara tersembunyi. Kebiasaannya menggunakan makhluk halus (kuasa ghaib) untuk tujuan jahat ke atas mangsa dengan cara tertentu yang boleh menghasilkan natijah buruk seperti yang dirancang.
rujukan:AS-SORIM AL-BATTAR
OLEH ABDUL SALAM BALI, HALAMAN 17, DAN LAIN-LAIN

MUHAMMAD ISA AL-MAGHRIBI
"MENGENAKAN KEMUDARATAN KE ATAS MANGSA MENERUSI AMALAN TERTENTU SECARA BERESUSIASI DENGAN KEKUATAN JAHAT (MAKHLUK HALUS) DENGAN KAEDAH-KAEDAH TERTENTU"
rujukan : AS-SYIFA' BIL QURAN, HALAMAN 59

IBNU KHALDUN :
" ILMU UNTUK MENGHASILKAN KESAN NEGATIF KE ATAS MANUSIA DENGAN MENGGUNAKAN ANASIR-ANASIR JAHAT (KEKUATAN GHAIB), SAMA ADA BERPERANTARAAN ATAU TIDAK BAGI SUATU TUJUAN JAHAT TERSEMBUNYI"
rujukan : AL-MUQADDIMAH, HALAMAN 496

BOLEHKAH MAKHLUS HALUS MENJADI PENYEBAB KEPADA PENYAKIT

SURAH FUSSILAT (41:36)
"DAN JIKA SYAITAN MENGGANGGU KAMU DENGAN SUATU GANGGUAN, MAKA POHONLAH PERLINDUNGAN DARI ALLAH, SESUNGGUHNYA DIALAH YANG MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI"

AL-BAQARAH(2:275)
"MEREKA TIDAK BERDAYA BANGUN MELAINKAN SEPERTI BANGUNNYA ORANG YANG 'DICEDERAKAN' OLEH SYAITAN DARI PENANGANNYA"

SURAH SAAD(38:41)
"DAN INGATLAH AKAN HAMBA KAMI, AYUB, KETIKA IA MENYERU TUHANNYA DENGAN KATANYA 'YA ALLAH, SESUNGGUHNYA SAYA INI DITIMPA OLEH SYAITAN DENGAN KESUSAHAN DAN KESENGSARAAN'

AL-BAQARAH(2:101)
"DAN MEREKA BELAJAR ILMU SIHIR ITU DARIPADA SYAITAN YANG AKAN MENDATANGKAN KESAKITAN DAN KEMUDARATAN"

AL-QURAN DAN PENGUBATAN PENYAKIT

* AL-FATIHAH , ayat 1-7
* AL-BAQARAH, ayat 1-5,255,256,257,282,283,284
* AT-TAUBAH, ayat 14
* AS-SYU'ARAA', ayat 80
* YUNUS, ayat 57
* AN-NAHLU, ayat 69
* AL-ISRAA', ayat 82
* FUSSILAT, ayat 44
* AL-MUKMINUUN, ayat 115-118
* AL-HASYRI, ayat 21,22,23,24
* QAAF, ayat 22
* AL-MULK, ayat 23
* HUUD, ayat 44
* AL-WAQI'AH, ayat 19
* YAASIN, ayat 36
* AR-RA'DU, ayat 31
DAN LAIN-LAIN..

amalkan selalu dalam kehidupan..
rujukan laman web http://www.darussyifa.org/

TeMan~

Assalamualaikum wbt..,

Titipan Bu
at Teman

www.iluvislam.com
oleh : pedamba syahid
editor : IskethaykaL






Ya Sodiqi.
sedarlah kita adalah penyambung dakwah Nubuwwat,
generasi yang dilahirkan untuk menegakkan kalimah "Lailahaillallah",
kita adalah umat terpilih untuk memperjuangkan Dinul Islam,
meneruskan perjuangan para sahabat dan Rasul junjungan,
dalam menegakkan agama Allah yang diredhai.

Wahai Rajul penegak Islami.
Hentikanlah kelalaian dalam mengharungi arus duniawi.
selamilah dirimu mencari kekuatan hakiki,
demi Islam yang dicintai.
Harumi jiwamu dengan tarbiah Islami,
agar hatimu sekental Umar Al-Khattab,Hamzah 'Asadullah dan Salahuddin Al-Ayubi,
tidak gentar berjuang di jalan Ilahi.

Duhai akhawat mukminah sejati,
inginku ingatkan kita adalah sayap kiri perjuangan lelaki sejati.
Kelembutan dan keindahan akhlakmu penghias peribadi.
Tuturmu berhikmah penuh teliti,
menjadi dambaan syabab pilihan Ilahi.
Pagari dirimu dengan syariat Islami.
Jadilah mawar berduri yang sukar dipetik lelaki,
agar mereka mengerti dirimu sukar dimiliki,
tanpa iman yang teguh di hati.

Wahai sahabat pendukung agama Allah,
hubungkanlah hatimu dengan ukhuwahfillah,
agar jiwa ini dekat dengan Illahi.
Tabahkan hati menempuh cubaan duniawi,
semoga syurga tempat pertemuan abadi.

dipetik daripada iluvislam.com

Monday, June 21, 2010

Doa Buat Abah


Assalamualaikum wbt..,


Buat abah sempena hari ayah ni..

Ya Allah Ya Tuhanku,
ampunkanlah segala dosa nya..,
lindungilah abah dari segala perkara yang tidak ku ingini..,

Ya Allah Ya Tuhanku,
bantulah abah untuk menghadapi segala cabaran dalam hidupnya..,
permudahkanlah abah dalam segala pekerjaan nya..,

Ya Allah Ya Tuhanku,
lindungilah hambamu ini daripada hasutan syaitan yang menghasutku sehinggakan aku mampu melupakan abah ku sendiri..

Ya Allah Ya Tuhanku,
ceriakanlah hari-harinya..

Ya Allah Ya Tuhanku,
bantulah hambamu dan ingatkanlah hambamu ini untuk sentiasa mendoakannya dan
mengingatinya..

Ya Allah Ya Tuhanku,
aku sayang sangat kepadanya..
Lindungi abah Ya Allah..

terima kasih abah, abah dah banyak berkorban untuk kami sekeluarga..
abahlah hero dalam keluarga ni..hehe!

Saturday, June 19, 2010

Makkah-InsyaAllah kita dapat bertemu


Assalamualaikum wbt.,

kakyong saya baru sampai dari mengerjakan umrah di tanah suci semalam..
kakyong bawak balik banyak coklat yang manis-manis..mak kata coklat kat sana memang manis-manis belaka..kakyong bawak balik kurma dgn air zam-zam..saya suka air zam-zam tapi tidk tahu kenapa mungkin sebab air nya lain dari yang lain..
Tdk lupa juga selendang yang kakyong belikan untuk saya, kakak, dan kakcik..cantik..boleh simpan untuk pakai di Institut Profesional Baitulmal nanti..
TERIMA KASIH kakyong..!

Tadi, kakyong tunjuk video-video di Makkah dan Madinah..
CANTIK..kagum sangat3..terdetik hati ni rasa nak pergi..
dulu pernah juga lihat gamba-gamba di facebook kawan kakcik..

ustazah pernah pesan..
" kalau nak cepat tunaikan haji@umrah di Tanah Suci, kita kene simpan duit awal-awal sejak dari sekolah lagi..seringgit sehari..InsyaAllah.."

tapi..
dulu saya ni tdk suka simpan duit..boros..tapi sejak akhir-akhir ni bila banyak gambar-gambar dari Makkah..baru saya tahu betapa cantiknya dan seronoknya di sana selepas dengar cerita dari kakyong dan bunda..tapi bagaimana cara nak simpan duit ni?hehe!

bunda juga pernah berkata kalau nak tengok bagaimana rupa saudara-saudara Islam, di sana ada ramai dan macam-macam karenah..

bunda dan ayahanda juga pernah bkata kalau kita berada di sana Allah akan makbulkan doa kita,,Jadi, kalau saya dapat peluang, InsyaAllah saya tdk akan putus berdoa..

Monday, June 14, 2010

Sahabat sejati

Assalamualaikum wbt..,



hari ini 14 Jun 2010..
hari lahir sahabat saya..

namun, tidak dapat saya ungkapkan "SELAMAT HARI LAHIR" kepada nya, mungkin juga bukan salah saya..,bukan juga salah takdir..

Sahabat,
kami rindukan kamu..,
di hati, di fikiran, di mata..
sentiasa terkenangkanmu, sentiasa terbayangkanmu..

Sahabat,
pertalian persahabatan tidak pernah putus..
selagi kami bernafas,
selagi kami berupaya,
selagi kami mengingatimu,
kami tidak pernah lekang dari mendoakanmu..

Sahabat,
biarkan kami menangis,
pergilah engkau kepada Ilahi..,
ALLAH lebih menyayangimu..

Sahabat,
kami berdoa supaya kamu tenang di sana..
kami juga tidak pernah lupa untuk meletakkan mu di hati kami..
InsyaAllah kami redha dengan ketentuan Ilahi..

Sahabat,
walaupun tanpa kamu..,
agak sukar untuk kami meneruskan kehidupan..
tapi, tidak mengapa..
kami akan berusaha sehingga kami berjaya..

Sahabat,
pesanan dan nikmat persahabatan yang kau telah berikan kepada kami,
kami tidak pernah lupa..kami amalkan pesanan mu..

Sahabat,
kamu hebat di mata kami..
hebat kerana..
membuatkan kami sentiasa mengingatimu..

Sahabat,
terima kasih atas segala-galanya..
hari lahir mu kali ini kami hadiahkan surah Al Fatihah dan surah Yasiin..

dari saya dan sahabat-sahabat..

Al Fatihah untuk sahabat kami.,
Allahyarham Al-Hafiz..

Wednesday, June 9, 2010

makna "couple"

Assalamualaikum wbt..

couple=pasangan



InsyaAllah dengan adanya artikel yang di ambil dari www.iluvislam.com ini dapat kita kongi bersama..

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1808

EPISOD 1

"Pehh..cun siot !", kata si A sambil membuat bunyi cencurut laut Antartika.

"Ni kalo jadi bini aku ni tak kuar umah la aku nampaknye", kata si B pulak sambil mengenyit-ngenyit matanya yang hanya terbuka setengah sentimeter (cm).

"Huiyyo.. (terkesima)", tak lepas pandangan si C melihat si dia yang terkinja-kinja di tepi jalan. Hampir sahaja cecair yang mengandungi enzim amilase di mulutnya terkeluar daripada tempat tadahan.

Beginilah respon kawan-kawan kita apabila melihat perempuan cantik. Pantang lalu depan mata, habis semuanya dipanah oleh mata-mata liar. Mungkin mereka tidak tahu bahawa panahan mata itu akan berbalik pada mereka sendiri akhirnya. Sedih. Kadang-kadang aku sendiri tak kuat untuk istiqomah dalam hal-hal macam ni. Tapi sentiasalah berdoa moga-moga diberi kekuatan oleh Allah S.W.T. supaya kita dapat melawan dan mendidik nafsu yang tak pernah lesu.

Menjaga pandangan bukannya perkara yang boleh dipandang remeh. Ia merupakan suruhan Allah S.W.T. kepada setiap individu Muslim yang beriman.

Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 30 :
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."

Juga dalam Surah An-Nur ayat 31 :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.."

Jika seseorang individu itu tidak menjaga pandangannya, mungkin dia akan terjebak ke dalam maksiat yg lebih besar iaitu ZINA. Kalau ditafsirkan pemerhatian dan mungkin sedikit pengalaman aku, sequence ke arah zina ni lebih kurang begini:

Pandangan > Lintasan hati > Khayalan > Keinginan > Tindakan > Zina kecil > Zina besar


Sebenarnya sequence ni memang reliable jika difikir secara logik akal yang sihat. Malah, ramai ulama-ulama dan ustaz-ustaz yang berpendapat sama seperti pendapat yang aku terangkan di atas tu, iaitu zina besar bermula daripada zina kecil, yang akhirnya bercambah menjadi dahan-dahan maksiat yang merimbun. Zina bermula dengan pandangan yang tidak terkawal. Daripada pandangan sedemikian, kita semakin mendekati zina.


Untuk lebih faham lagi konsep 'mendekati' di sini, kita ambil satu contoh. Katakan Ali ingin ke kedai yang jaraknya, let say 1220 langkah. Apabila Ali melangkah setapak keluar daripada rumah itu sahaja dia sudah dikira mendekati kedai tersebut, setuju? Jadi, pandangan yang tidak terkawal itu ibarat langkah pertama ke arah zina.

Part 'Tindakan' tu dah bersepah di merata-rata tempat. Paling berlambak di shopping complex & universiti. Untuk pengetahuan anda, disekeliling aku pun ada sebenarnya. Apa benda 'Tindakan' yang aku maksudkan ni sebenarnya? "COUPLE".full stop.

Jika pandangan sahaja dah dikhuatiri akan membawa kepada zina, apatah lagi bercouple? Orang yang berakal sihat sepatutnya tiada masalah nak jawab soalan ni.

Aku anggap mereka yang bercouple ini tidak tahu hukum yang sebenarnya. So, artikel ni adalah bertujuan untuk berkongsi dan MEMBERI TAHU. Jika ada sesiapa yang tengah bercouple atau hampir nak bercouple,dan merasakan maklumat dalam artikel ni akan menghalang niatnya untuk bercouple, maka hati-hati. Syaitan itu sentiasa mengajak ke arah kejahatan. Jika ingin mengikut nafsu syaitan juga, then go for it. Tapi ingat azab Allah di akhirat nanti takkan ada penangguhan.Selepas membaca artikel ni fikirlah kenapa Islam mengharamkan gejala 'couple' sebelum nikah.

( Artikel yang dimaksudkan penulis : JANGAN DEKATI ZINA )

EPISOD 2

InsyaALLAH dalam Episod 2 ni aku nak tekankan lagi mengenai penjelasan 'mendekati' atau 'menghampiri' kerana aku merasakan bahagian ni penting untuk kita fahami betul-betul supaya kita dapat mematuhi perintah Allah S.W.T. dalam surah Al-Isra' ayat 32 iaitu :
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

Terang lagikan bersuluh. Kekejian perbuatan zina ini bukan dinyatakan oleh manusia, tetapi dinyatakan oleh Yang Maha Mengetahui. Apabila Allah S.W.T sendiri mengatakan zina ini keji dan satu jalan yang buruk, sudah pasti kecelakaannya maha dahsyat.

Berbalik kepada penjelasan tentang 'menghampiri', sedangkan menghampiri zina sudah diharamkan, inikan pula melakukannya. Contoh menghampiri zina adalah seperti melihat gambar lucah, berdua-duaan lelaki dan wanita ajnabi, pergaulan bebas antara jantina berlainan (ikhtilat) dan juga melihat aurat orang lain.
(contoh yang paling banyak : berjalan berdua-duaan dan beriring-iringan. Walaupun tak berpegangan tangan, tapi amat menjelikkan)

Kuatkanlah hati kita wahai kawan-kawanku sekalian, supaya kita berupaya menegakkan kebenaran yang satu ini. Jangan sesekali diikut tuntutan nafsu. Jangan sesekali patuh pada ajakan syaitan laknatullah dan tertipu dengan tipu daya mereka. Ingatlah bahawa mereka pernah menipu moyang kita, Nabi Allah Adam a.s. dan Hawa.

Surah Al-A'raf ayat 20 :
"Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) dia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil dia berkata: Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Dia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga)."



Jika kita lihat Surah Al-A'raf ayat 19, Allah telah berfirman kepada Adam dan Hawa supaya jangan MENGHAMPIRI sepohon pokok di syurga. Larangan sebenarnya adalah supaya Adam dan Hawa tidak memakan buah pokok tersebut.
"Dan wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam Syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim."


Merujuk kepada larangan Allah S.W.T. kepada kita supaya tidak menghampiri sesuatu itu, amat jelas bahawa perkara yang dilarang itu dapat memberi mudarat yang besar sehinggakan menghampirinya pun tidak dibenarkan! Ini bertujuan untuk menghindari perkara-perkara mungkar sehingga ke akar-akarnya. Lihatlah betapa kasihnya Allah kepada kita.

Adakah kita ingin mengulang kesilapan Adam dan Hawa sedangkan pengajaran sudah ada di depan mata? Bodohlah orang-orang yang membutakan mata hatinya tanpa ingin mengambil pelajaran.

Mengikut kaedah usul fiqh, sesuatu yang membawa kepada haram, maka hukumnya haram. So, equation ber'couple' sebelum nikah adalah :
couple = menghampiri zina
menghampiri zina = haram
maka, couple = haram (very simple equationsmiley-wink )



Tapi, juga ingin diingatkan di sini, apabila ber'couple' sebelum nikah itu hukumnya haram, bukanlah bermakna kita boleh bergaul dengan jantina berlawanan sesuka hati dengan menjadikan alasan "kami tak bercouple, kami hanya berkawan".

Berbalas-balas mesej di YM dan tidak lupa mengucapkan selamat pagi dan malam kepada 'kawan'nya yg satu itu diselangi dengan perbualan telefon yang berpanjangan tanpa membicarakan hal-hal yang penting bukanlah jaminan bahawa kita tidak mendekati zina. BUKAN PERKATAAN 'COUPLE' ITU YANG MEMBUATKAN HUKUMNYA HARAM MELAINKAN PERBUATAN KETIKA BER'COUPLE' ITU SENDIRI. Jika anda tidak ber'couple' sekali pun anda dilarang bergaul bebas tanpa batas syara' antara lelaki dan wanita ajnabi.

Ada suatu ketika seorang kawan mempersoalkan tentang bagaimana hendak mengenal calon suami/isteri jika tidak ber'couple'. Ingatlah bahawa Islam itu bersifat syumul. Tidak ada suatu hal pun tidak diajar oleh Islam. Islam telah pun menyediakan garis panduan yang paling sempurna tanpa melibatkan maksiat dalam hal berkaitan mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan.

Amat menyedihkan apabila orang Islam sendiri yang menanyakan soalan sebegini. Ia tidak sepatutnya berlaku. Apa ertinya kita menganut Islam jika kita tidak mengetahui ajaran-ajarannya?

Tapi tidak mengapa, inilah tujuan saya menulis tulisan sebegini untuk berkongsi ilmu dan memberitahu. Untuk soalan tadi, kita sambung seterusnya...

EPISOD 3: Cara-cara mengenali pasangan selain daripada ber'couple'.

Sebagai agama yang paling sempurna dan satu-satunya agama yang diredhai Allah, Islam telah pun menggariskan panduan untuk diikuti oleh penganutnya berkenaan hal pra-perkahwinan. Cara yg dianjurkan Islam untuk pasangan yang ingin berkahwin kenal-mengenali adalah melalui cara pertunangan.

Tapi amat menyedihkan apabila paradigma masyarakat tentang konsep pertunangan sudah tersimpang jauh dari kebenaran. Buktinya, pertunangan yang sepatutnya dijadikan tempoh untuk lelaki & wanita HANYA saling mengenali telah dijadikan 'lesen' untuk pasangan tersebut berdua-duaan tanpa mahram, ibarat pasangan yang sudah bernikah. Konsep ini salah sama sekali !

Memetik kata-kata Ustaz Hassan Din dalam Al-Kuliyyah di bawah topik "Jodoh" di TV3 bertarikh 28 Julai 2006 berkenaan konsep pertunangan dalam Islam, beliau berkata, "Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan wanita akan saling mengenali antara satu sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan."

Sebagai contoh, katakan Superman sudah bersedia untuk berkahwin (maksud 'bersedia' di sini adalah bersedia dari segi kewangan, keadaan, mental serta fizikal). Dan sekarang adalah masa yang sangat sesuai dan ideal untuknya mendirikan rumah tangga. Pada masa yang sama juga dia sudah mempunyai calon sendiri, katakan si 'Cinderella' (bukan nama sebenar).

Superman berhasrat untuk memperisterikan si 'Cinderella'. Superman yang sangat faham akan konsep pertunangan pun terus berjumpa dengan kedua ibu bapa si 'Cinderella' dan menyatakan hasratnya untuk menyunting bunga rafflesia di taman (merisik). Apabila ibu bapa si 'Cinderella' sudah bersetuju dan si 'Cinderella' juga sudah bersetuju apabila diberitahu oleh ibu bapanya, Superman pun menghantar rombongan keluarganya untuk meminang si 'Cinderella'. Tidak timbul langsung hal-hal maksiat kan? Kan cantik tu. Dan apabila si 'Cinderella' sudah menjadi tunangan Superman, maka HARAM bagi lelaki lain meminang si 'Cinderella', walaupun lelaki itu adalah 'Professor Gadget' (bukan nama sebenar).

"Lelaki boleh la, kalau perempuan? Takkan perempuan nak merisik lelaki pula, perigi cari timba namanya tu". Mungkin inilah suara-suara yang bakal berkumandang memberikan respon. Ok. Mari kita sama-sama menelusuri kembali sirah perkahwinan agung, Muhammad S.A.W. dan Siti Khadijah r.a.. Saya yakin ramai yang akan mengakui bahawa perkahwinan agung ini dimulakan oleh Siti Khadijah r.a. dahulu. Ini telah pun diajar dalam subjek Sirah di sekolah agama. Pada mulanya, Siti Khadijah r.a. menyatakan hasrat hatinya kepada pakcik Rasulullah S.A.W. iaitu Abbas, agar merisik baginda.


Setelah baginda bersetuju, barulah keluarga baginda menghantar rombongan meminang Siti Khadijah r.a.. Begitulah yang diajarkan sirah kepada kita. Lalu, apa salahnya jika wanita yg memulakan dahulu? Malah wanita sebegini lebih mulia daripada wanita yang hanya menunggu dipinang oleh putera raja kayangan.

Ustaz Hassan Din juga turut menegaskan bahawa pasangan yang bertunang diharamkan bergaul bebas seperti suami isteri. Mereka masih tetap terikat dengan batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi. Tempoh bertunang hanyalah tempoh kenal-mengenal, bukannya tempoh melayan-layan perasaan cinta. Beliau menambah,
"Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak."

Jika konsep pertunangan ini dilihat dengan mata hati yanang diselaputi iman dan taqwa, akan terzahir berbagai hikmah yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Bijaksana. Selain menghindari maksiat, pertunangan juga dapat memelihara maruah kedua-dua keluarga yang terlibat. Kalau pun pertunangan diputuskan, kedua-dua pihak keluarga masih dapat meneruskan silaturrahim yg sudah terbina, tanpa rasa dendam dan benci.

Maka dengan lahirnya ketiga-tiga episod ni, diharap jelaslah kepada kita serba sedikit tentang hukum ber'couple' sebelum nikah dan bagaimana cara yang sebenarnya untuk kita mengenali pasangan untuk tujuan pernikahan.

Dengan ini, saya menyeru diri saya sendiri dan kawan-kawan sekalian supaya tinggalkanlah maksiat cinta nafsu syaitan laknatullah ini secepat mungkin. Bagi mereka yang ber'couple' tu, cepat-cepat lah break up. Kita ni dah la amal tak banyak, sembahyang pula ada yang tinggal. ditambah pula dengan dosa 'couple' lagi (dosa berdua-duaan, zina mata, zina telinga, zina tangan, zina kaki dan zina hati). Dibuatnya esok mati,macam mana? Memanglah dosa masing-masing tanggung, tapi jika dah mati orang lain juga yang tolong mandikan, kapankan, tanamkan.

Dan janganlah pula kita menjadi orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya. Firman Allah dalam Surah Al-Jaathiyah ayat 23 :
"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?"

Apabila sudah diketahui hukum-hukum Allah, maka hendaklah kita patuhinya. Yang haram segera ditinggalkan. Harap kita tidak menjadi seperti mereka yang di dalam firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Jaathiyah ayat 7-11 :
Kecelakaanlah bagi tiap-tiap pendusta yang berdosa; (7) Yang mendengar ayat-ayat penerangan Allah sentiasa dibacakan kepadanya, kemudian dia terus berlagak sombong (enggan menerimanya), seolah-olah dia tidak mendengarnya; oleh itu gembirakanlah dia dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (8) Dan apabila sampai ke pengetahuannya sesuatu dari ayat-ayat penerangan Kami, dia menjadikannya ejek-ejekan; mereka yang demikian keadaannya, akan beroleh azab yang menghina. (9) Di hadapan mereka (di akhirat kelak) ada Neraka Jahanam (yang disediakan untuk mereka) dan apa jua yang mereka usahakan, tidak dapat menyelamatkan mereka sedikit pun; demikian juga yang mereka sembah atau puja selain Allah, tidak dapat memberikan sebarang perlindungan dan (kesudahannya) mereka akan beroleh azab seksa yang besar. (10) Al-Quran ini ialah hidayat petunjuk yang cukup lengkap dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (11)

Bagi mereka yang mungkin sudah agak lama mengamalkan maksiat cinta ini dalam kehidupan seharian mereka, mungkin agak sukar untuk meninggalkannya. Namun ingatlah firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 :
"..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

Dan semoga kita semua diberi kekuatan iman dan taqwa oleh Allah S.W.T. untuk menegakkan Islam di dalam diri kita. Kerana ramai kawan-kawan kita di luar sana yang sudah tahu halal haram tapi masih melakukan yang ditegah mungkin disebabkan mereka tak punya kekuatan. Dan percayalah kepada qada' dan qadar Allah S.W.T., jika ada jodoh takkan ke mana, jika bukan di dunia yang sementara ni, di syurga yang kekal abadi Insya Allah. Tapi jika bukan jodoh, berkorbanlah nyawa hatta anda mempunyai 100 nyawa sekalipun, nescaya takkan kesampaian.


Wallahua'lam.

Tuesday, June 8, 2010

Allah Knows

Assalamualaikum wbt..



When you feel all alone in this world

And there's nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows

CHORUS
No matter what, inside or out
There's one thing of which there's no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows

When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows

CHORUS

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows

You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows

CHORUS (x2)


BRIDGE:
Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows

saya sangat terpikat dengan lagu ini Allah Knows by Zain Bikha..
pabila saya keseorangan dan tiada siapa mahu menemani saya,jika saya berada dalam keaadaan yang hampa, sedih dan kecewa saya akan mendengar lagu ni..
sebab makna dalam lagu ni sangat bermakna buat saya sejak kali pertama saya mendengar..
lagu ni sama seperti apa yang bonda selalu pesan.."Allah tahu apa yang kita buat walau kat mana pon kita"

jadi, marilah kita mendengar lagu ni agar kita tidak sunyi lagi...

Friday, June 4, 2010

apabila ada masalah kita perlu buat apa?

Assalamualaikum wbt..,

apabila ada masalah kita perlu buat apa?

bonda sentiasa mengingatkan saya bahawa jika kita berdepan dengan masalah kita perlu ingat bahawa masalah yang kita hadapi tidak lah seberat mana kerana ada lagi insan-insan di luar sana yang mempunyai masalah yang lebih berat berbanding kita contohnya saudara-saudara kita yang berada di Palestin..betapa tabahnya hati mereka berdepan dengan musuh-musuh Islam..bayangkan jika kita di tempat mereka..MASYAALLAH..tidak mampu saya ungkapkan..




jadi..,kita??
bandingkanlah masalah yang kita hadapi dengan saudara-saudara kita di Palestin..

dan sentiasa ingat bahawa jangan lupa untuk sentiasa mengingati Allah S.W.T.
Berdoa lah kepada Nya..InsyaAllah..Allah sentiasa berada bersama kita..
BONDA juga pernah berkata bahawa Allah S.W.T. sayang hamba-hambaNya yang sentiasa berdoa kepadaNya..
Berdoalah kepada ALLAH S.W.T. supaya kita tabah dalam menghadapi segala dugaan yang Allah berikan kepada kita..

Wednesday, June 2, 2010

merindui Rasulullah S.A.W.

Assalamualaikum wbt..,



Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

petang tadi sebelum masuknya waktu solat Asar, ketika menyelak tafsir Al-Quran yang kakak berikan kepada saya,. saya terjumpa surah Muhammad (Nabi Muhammad S.A.W.) lalu membaca surah tersebut..

Pada ayat 1,2 dan 3 dalam surah ini Allah membandingkan antara hasil yg diperoleh oleh org2 yang percaya kpd apa yg diturunkan Nabi Muhammad S.A.W. dan hasil yg diperoleh oleh orang2 yg tidak percaya kepadanya. Orang2 yang percaya kpda apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. ialah org yg beriman, diterima Allah segala amalannya dan diampuni segala kesalahannya Manakala, oragng2 yang tidak mempercayai Nabi Muhammad S.A.W. ialah orang yg mngikuti kebatilan, amalnya tidak diterima, dosa mereka tidak diampuni, kepada mereka dijanjikan azab di dunia dan di akhirat.

Dinamai juga dengan Al Qital(peperangan), kerana sebahagian besar surah ini mengutarakan tentng peperangan dan pokok2 hukumnya serta bgaimana seharusnya sikap org2 mukmin trhadap org2 kafir

Pokok-pokok isinya:
1. Keimanan
Orang yang mati shahid akn masuk syurga; balasan-balasan yang disediakan di akhirat bagi orang-orang yang takwa dan orang-orang yang durhaka; keesaan Allah

2. Hukum-hukum
Menumpas musuh pada permulaan peperangan (sebelum gejala-gejala kemenangan), menawan mereka kalau telah kelihatan gejala-gejala kemenangan, membebaskan tawanan itu dengan menerima tebusan atau tidak. Larangan mengajak damai apabila telah nyata kemenangan.

3. Dan lain-lain
Allah selalu memberi cobaan kepada orang-orang mukmin untuk mengetahui siapa yang berjihad dan siapa yang sabar; kehidupan dunia adalah permainan belaka dan bahwa iman dan takwalah yang menghasilkan pahala; Allah akan menolong orang yang menolong agama-Nya.

Bebaskan Palestin!!!!!





Assalamualaikum wbt..,

2010/06/02

BANDARAYA GAZA: Lima rakyat Palestin dilaporkan terbunuh selepas tentera Israel dikatakan menyerang balas serangan militan Palestin yang melancarkan roket berikutan kematian sukarelawan konvoi bantuan, kelmarin.

Tiga daripada yang maut itu dilaporkan berlaku di utara wilayah yang dikuasai Hamas, menurut ketua perkhidmatan kecemasan Gaza, Muawiya Hassanein.
Tentera Israel pula mendakwa mereka melancarkan serangan balas terhadap 'skuad pengganas' yang melepaskan roket ke kawasan Israel.

Israel mendakwa dua roket yang dilepaskan mendarat dan meletup di wilayah mereka tetapi tiada laporan mengenai kecederaan dan kerosakan.

Terdahulu, tentera Israel menembak dua rakyat Palestin yang berenjata yang dikatakan menyelinap masuk ke sempadan di Gaza. - AFP

dipetik dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/5rakyatPalestinmautterkenatembakanIsrael/Article/index_html


Innalillah..
tidak dapatsaya ungkapkan dengan kata-kata setelah melihat gambar-gambar peperangan yang berlaku di Palestin..melihat saudara-saudara Islam disana, saya bagaikan terpaku..hanya air mata yang melinangi pipiku..
kita di sini sebagai umat Islam marilah kita beramai-ramai mendoakan rakyat Palestin..
boikot lah barangan Israel..Israel makin menjadi-jadi..





Hijrahlah

Alhamdulillah..,



terima kasih kakakku, Nordina binti Ismail kerana telah memberikan tafsir Al-Quran mu kepada ku..,



InsyaAllah dengan ada nya tafsir Al-Quran itu dapatlah saya membaca dan memahami dengan lebih mendalam tentang Islam..
terima kasih juga kepada laman web www.iluvislam.com kerana telah banyak membantu saya dalam mengenal Islam..dan telah membantu saya dari "yang tidak tahu" kepada "yang tahu"



saya disini sentiasa ingin berubah dan mahu berubah..InsyaAllah dari kisah silam saya itu,dapatlah saya merubah diri kepada yang lebih baik..

p/s: berhijrah lah kamu kepada yang lebih baik selagi kita masih bernafas..



Ayahanda Saya

Assalamualaikum wbt..

nukilan yang kedua, saya ingin kisahkan tentang ayah saya..
Alhamdulillah..,
terima kasih abah kerana telah menjaga, mendidik, dan mengajar ku erti kehidupan berlandaskan Islam..

terima kasih abah..
titik peluh dan pengorbananmu mencari rezeki tidak sia-sia..Alhamdulillah..,
anak-anak mu semua berjaya dalam kehidupan mereka..InsyaAllah aku juga..

Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:
“Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.”




jadi hormatilah bapa anda..

maafkan diriku abah sekiranya aku pernah terkasar padamu,,
sayang Abah..

Bonda Saya

Assalamualaikum wbt..
nukilan pertama dalam blog ini saya kisahkan tentang bondaku..
Alhamdulillah..,
jika tiada ibu didunia ini.,maka,tiadalah insan-insan yang cemerlang di universiti dan juga yang sudah cemerlang dalam kerjaya masing-masing.

Buat bundaku.,
tiada apa yang dapat saya lafazkan tentang kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu, tidak terbalas segala pengorbanan seorang ibu yang melahirkan,membesarkan,mendidik, dan mengajar erti kehidupan berlandaskan Islam..

Ya Allah,
tidak dapat aku ungkapkan melalui kata-kata Ya Allah..
aku hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan bondaku,..

setitik tangisan dari mata bondaku mampu membuatkan diriku rasa bersalah atas perbuatan ku selama ini..

no one else can be wht u hve been to me, u hve alwys around 4me even when I was bad, and u took up 4me when everyone was
downin’ me..bonda,ur the queen of my heart~

ptikan dari lagu A Song For Mama-Boyz II Men                                             

ibu selalu mengingatkanku
"ingat, Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan"

InsyaAllah..,
saya akan ingat kata-kata ibu walau di mana jua saya berada..
Terima Kasih MAK..
syg Mak