Sunday, December 30, 2012

He's the One (^_^)

بسم الله الرحمن الرحيم





Cita-citaku hanya ingin menjadi wanita yang solehah..
aku sedang memperbaiki diri walau masih terlalu banyak kekurangan..

Alhamdulillah... hanya aku dan Kekasihku yang tahu perubahanku..
secara perlahan-lahan aku mendekatiNya..

walau tiada siapa yang tahu..
walau perit dan sakitnya untuk bertahan..
tetapi hatiku tetap hanya ada Dia..


Kekasihku yang Satu..  :')

cinta yang sweet :)

بسم الله اللرحمن الرحميم

Sumber : http://marziahmahaiyuddin.blogspot.com/






Assalamualaikum cintaku,
apa khabar imanmu hari ini ? diriku harap dirimu sentiasa cuba meningkatkannya.Maaf aku tidak menghubungimu,bukan sudah mula timbul rasa benci bukannya rindu tidak menjerat hati namun aku ingin menjaga kesucian hubungan kita...aku mahu BERCINTA SELEPAS NIKAH.

Buat bakal pelengkapku,
kaulah cinta luh mahfuzku,cinta pemberian Illahi,tidak mungkin dapat ku hindari rasa kasih ini.Rasa kasih ini akan ku pupuk menjadi benih cinta yang utuh namun dinginku sekarang bukan kerana perasaan itu makin menghilang namun aku mahu menjaga jarak yang hanya makin mendekat selepas nikah.Pasanganku,aku mahu BERCINTA SELEPAS NIKAH.

Cinta luh mahfuzku kelak,
kita tidak pernah bersua muka,kita tidak pernah bertegur sapa namun tidak ku perlukan semua itu kerana apa yang ku mahu kau menunjukku jalan ke syurga.Aku yakin Allah telah menentukan dikau yang terbaik untukku kerana itu aku tidak perlu mengenalimu sebelum nikah,aku cuma mahu BERCINTA SELEPAS NIKAH.

Bakal peraih cintaku,
akan ada suatu saat kita dapat bersua muka,selepas akad telah terkabul.Di saat itu ada sesuatu yang inginku beritahu.Kamu cinta yang ku damba hanya kamu yang ku nanti tidak akan ada yang lain kerana kamu pemberian Illahi.Terima kasih cintaku kerana memilihku.Kamulah cintaku selepas nikah.

Monday, October 22, 2012

Surat Comel untuk si Comel

بسم الله الرحمن الرحيم

Ana jumpa sesuatu Comel hari ini (^_^)''




So, lets be a better person together! Ingat tau awak, sekarang ni bukan zaman bersilat lagi dah, tetapi zaman mengukuhkan iman kita supaya kita tidak terjerumus sekali ke dalam lembah kemaksiatan.
Saya rasa setakat ini dahulu surat saya untuk awak. Saya tulis surat ini sebab saya nak masuk Jannah dengan awak. Kita kena saling mengingatkan kerana manusia itu sifatnya mudah lupa. Ukhwah fillah.




Saturday, October 20, 2012

Calon-Calonnya (^_^)

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah.. ketemu lagi di blog ini..
Syukur atas segala kurniaan dari-Nya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. :)

Sambil dgar zikir dikir di tv Al Hijrah, channel yang sangat-sangat mak suka..
ana belek-belek blog yang ana follow..
hasilnya.. ana jumpa topik menarik dari blog ni..


jangan lupa list-list bila anda dah bersedia untuk jatuh cinta.. hihi (^_^)''
jangan ingat jatuh cinta itu mudah,..
janganlah bercinta sekiranya anda tak mampu nak penuhkan list tadi. sedar sedar yea cinta tu hanya utk Allah S.W.T.






renung-renungkan dan selamat beramal..
menanti dan berharap plus berdoa moga Allah tunjukkan kebenaran esok :)


Sunday, January 15, 2012

:.. LAW KAANA BAINANA ..:

Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...


Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.