Sunday, December 26, 2010

Kalau Ingin, Belajarlah




Kalau ingin dimaafkan, belajarlah untuk memaafkan.

Kalau ingin dihormati, belajarlah untuk menghormati.

Kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami.

Kalau ingin disedari, belajarlah untuk menyedari.

Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi.

Kalau ingin dikasihi, belajarlah untuk mengasihi.

Kalau ingin diterima, belajarlah untuk menerima.

Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai.

Kalau ingin disenangi, belajarlah untuk menyenangi.

Bukan orang lain yang perlu berubah mengikut kehendak kita tetapi kitalah yang sebenarnya perlu mengubah diri kita.

Memuaskan hati semua orang itu tidak mudah tetapi berubah untuk memuaskan hati semua orang itu tidak mustahil.

Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. InsyaAllah Dia akan permudahkan.

- Artikel iluvislam.com


Friday, December 24, 2010

jangan menangis lagi..

jangan menangis lagi...



Saat hati benar-benar di landa gelisah... gundah.. ada sesuatu yang mengganggu fikiran... atau sakitkah hatimu..?? atau peritkah hatimu..?? atau mungkin hatimu derita di kala ini...

kenapa aduhai hati..??
apakah yang menyebabkan sakit hatimu..? atau derita hatimu..? ataupun fikiran keliru..

wahai hati.. bila engkau memandang segalanya dari Allah.. yang mempercepatkan segalanya.. yang menimpakan ujian.. yang menyebabkan sakitnya hatimu, membuatkan keinginanmu terhalang.. pastinya damailah hatimu jika engkau mengetahui.. kerana masakan Allah sengaja mentadbirkan segala2nya dengan sia-sia...bukan Allah tidak tahu betapa deritanya hidupmu.. pecahnya hatimu..mungkin itulah yang Dia mahukan..Kerana Dia tahu, hati yang sebegini lebih lunak dan lebih mudah untuk dekat denganNya..

wahai hati..berjalanlah dengan penuh harapan kepada Allah semata-mata..walaupun hidup ini tak selalu bahagia..sedekahkanlah satu senyuman walau d hatimu tak mampu lagi bertahan..belajarlah memaafkan walau dirimu terluka..hiduplah dalam iman walau hidup d penuhi godaan..dan berpeganglah kepada Allah walau dia tidak kelihatan..Bukti kasihNya, kita wujud d dunia pinjaman..

wahai hati..ingatlah..bahawa orang yang soleh tidak gembira apabila mendapat sesuatu kesenangan..Juga hatinya tidak berduka andai tidak mendapat apa yang di impikan..Kerana dunia tiada di hatinya..Yang ada hanyalah pengharapan kepada Allah semata-mata..

syukran kepada salah seorang ustazah saya.. yang mengingatkan saya.."Jangan biarkan wujudnya pengharapan di hati kita kepada manusia.. Mengaharaplah kepada Allah semata-mata.."

aduhai hati..contohilah para sahabat Nabi saw..Apabila di beri kesenangan, ahati pasti gelisah..Di pohon kepada Allah agar mendatangkan kesempitan..kerana hati mereka bimbang andai terleka dengan kesenangan..

Bertahun-tahun cuba ku pujuk hati sendiri..aduhai hati..ketahuilah bahawa hidup bukan hanya di sini..Di sana kekal abadi..Aduhai hati..yakinlah Allah sentiasa bersama hambaNya yang inginkan cintaNya..Bukankah keperitan itu juga dari Allah..?Bukankah kesakitan itu juga dari Allah..?Bukankah kesempitan otu juga dari Allah..?Aduhai hati..yakinlah kasih Allah itu kasih sejati..Aduhai hati..ingatlah, janji Allah janji yang pasti..

Wahai hati..manangislah penuh pengharapan kepada Ilahi..Pasti kan kau temui jalannya nanti..Wahai hati..usahlah bersedih lagi..carilah redhaNya, sematkan di setiap sudut hati..Moga kasihNya, menyinari hari-hari y menanti..



http://latahzan00.blogspot.com/2010/04/jangan-menangis-lagi.html

Wednesday, December 22, 2010

Bila Hidayah Menyapaku

Kenangan itu masih mengimbau kotak mindanya. Masih menjadi teman setia kepada mimpinya yang enggan pergi pada dinihari yang kedinginan itu.

"Adakah engkau melihat orang yang mengambil nafsunya menjadi Tuhannya dan Allah menyesatkannya kerana mengetahui (kejahatan hatinya) selepas didatangi ilmu kepadanya." ( Jatsiyah:23)

Mengapa dia masih berperasaan sedemikian sedangkan telah diusir perasaan itu dari dalam dirinya sejak lama dahulu? Hidupnya kini telah dibebaskan dari perasaan yang membelenggu jiwanya itu. Perasaan serba salah dan dosa yang amat. Kenapa kenangan itu harus kembali semula?





Dan dia cuba untuk memadam memori silam namun kisah itu bagaikan berterbangan di kotak matanya yang hampir berair.

5 tahun lepas..

"Awak, awak sanggup tak buat apa sahaja untuk saya?" Harman dengan lembut bertanya, sambil membelai rambutnya yang bertebangan dek angin yang melambai.

"Hurrm.... Apa dia? Banyak dah saya buat untuk awak ini," dengan senyuman manja dia membalas.

Ya, apa lagi yang dia tak buat untuk Harman. Segala-galanya akan diserahkan buat pujaan hatinya itu. Harman Haji Khalid. Pemuda idaman yang menjadi siulan rakan-rakan di kampusnya. Pemuda tinggi lampai berbidang sasa. Lesung pipinya menjadi pelengkap kepada wajahnya yang sudah setia tampan. Dengan sedikit kumis di dagunya, Harman mempu menggetarkan sekilas pantulan mata wanita. Dan Harman adalah miliknya! Siapa yang tidak berasa bertuah mendapat jejaka itu. Apa sahaja untukmu Harman akan kutunaikan!

"Saya tahu. Saya tahu awak sanggup buat apa sahaja untuk saya. Tapi itulah, permintaan ini agak berat sikit. Tak taulah awak sanggup tak nak buat,"

Adlina mula berkira-kira sendiri akan permintaan Harman. Kadang-kadang dia sendiri keliru dengan dirinya sendiri. Dia tahu apa yang dilakukannya adalah salah. Duduk berdua-duaan di tempat sunyi sambil bersentuh-sentuhan. Tapi dia tak mengerti kenapa dia sangat suka buat perkara itu. Dia merasakan kebahagiaan tak terhingga bersama Harman. Hidupnya terasa berbunga-bunga penuh makna. Hari-hari dia bernyanyi riang sepulangnya dia pulang keluar bersama Harman sehinggakan adik beradiknya lali dengan suara sumbangnya menyanyi-nyanyi di dalam bilik air.

Kadang-kadang bisikan hatinya menghembus udara suci, minta dirinya untuk berhenti sejenak dan berfikir. Kadang-kadang dia membuka mahkota agungnya di hadapan Harman.Harman teringin melihat kecantikannya. Kecantikan yang sepatutnya dinikmati oleh mereka yang berhak. Namun Harman berjanji padanya jika ada rezeki mereka akan berkahwin. Dia tahu Harman takkan menipu. Harman terlalu baik untuk menipu.

Allah akan ampunkan dosaku, bisiknya. Dia bukan tak nak kahwin. Cuma masanya belum lagi. Dan dia pasti, pintu taubat itu sentiasa terbuka. Allah akan ampunkan dosa-dosanya. Lagipun dia masih solat dan bertudung di hadapan orang lain.

"Cakaplah sayang, apa dia?"

Perlahan-lahan Harman meramas tangannya dan memegang kejap kedua belah tangannya. Jantungnya berhenti berdegup. Kadang-kadang Harman gemar membuat aksi-aksi romantis, dan dia sangat rasa dihargai apabila Harman melayannya sebegitu.

"Adlina permata hati saya, sudikah Adlina menjadi pemaisuri rumah tangga saya? Yang akan mewarnakan hari-hari saya dan menjadi ibu kepada anak-anak saya?"

Dia gumam. Terkesima. Antara gembira dan teruja. Dia tak mampu berkata apa-apa. Ada manik-manik yang hampir jatuh di pipinya. Perasaannya terlalu gembira tetapi tiada kalimah yang dapat mengucapkannya.

"Tapi Adlinaku sayang, boleh tak saya nak minta sesuatu dari awak?"

Dan dia membiarkan Harman berbisik halus di celah rongga telinganya. Matanya bulat tatkala Harman habis berbicara. Diketap kedua bibirnya. Keliru dirasakan dirinya ketika itu. Dia masih belum boleh berkata-kata sambil merenung bebola mata Harman yang berharap.

Lama ditenung mata hazel jejaka yang menjadi pujaan ramai itu. Mata itu mampu mencairkan hati perempuan-perempuan yang lemah.

Dan akhirnya dia mengangguk setuju...


--------------------------------------------------------------------------------

"Tolong aku Azia! Tolong aku! Dia nak orang lebih 21 tahun untuk kasi kebenaran aku buat operation tu!"

"Yang kau buat kerja tu sape suruh. Kau tak ingat Tuhan ke? Tak ingat dosa pahala? Kau tak ingat kat mak ayah ke? Pastu kau nak heret aku untuk tolong kau?"

" Jangan macam tu Azia, aku perlukan sangat pertolongan kau sekarang ni. Kau jangan tambahkan lagi masalah aku!"

Adlina menangis teresak-esak di peha kakaknya. Dia rasakan empangan air matanya telah pecah. Dia sangat bingung ketika itu dan tiada siapa lagi yang boleh diminta pertolongan melainkan kakak kandungnya sendiri.

" Aku tahu kau sayangkan Harman tu. Tapi dia yang harus bertanggungjawab ke atas kau. Aku bukan tak nak tolong kau tapi aku nak dia bertanggungjawab!"

" Azia! Dia tak ngaku tu anak dia. Dia dah tinggalkan aku dah! Dia tu memang tak guna! Jantan miang! Pergi jahanam dengan dia!" Adlina terus menerus menangis sambil menjerit-jerit kepada kakaknya. Mujurlah dia berada di flat kakaknya yang tidak berpenghuni. Dihentak-hentak bantal yang berada di sofa ruang tamu.

Dia berasa dunianya gelap. Dia harus gugurkan kandunganya itu! Dia mesti! Tapi dia masih di bawah umur. Cuma kakaknya sahaja harapannya untuk dia mendapat tanda tangan keizinan untuk melakukan pengguguran itu. Tanpa tanda tangan itu, tiada klinik yang akan menerimanya untuk dibedah.

"Ok. Begini. Aku sanggup tolong kau. Tapi dengan satu syarat." Kakaknya menarik nafas berat. Seolah-olah mahu memberi amanah besar di pundaknya.

Kakaknya menyambung, "Aku nak kau tinggalkan universiti itu dan apply untuk study di overseas. Aku nak kau tinggalkan Harman itu. Aku tak mampu nak tanggung kau ke sana. Mak abah tak boleh tahu pasal benda ini. Aku tak nak kau menyebabkan mereka tak mengaku kau sebagai anak mereka. Kau ada otak pandai, aku rasa kau akan dapat tempat tu. Bila kau tinggalkan universiti itu, kau jangan beritahu sesiapa pun kau akan ke mana. Aku tak nak kawan-kawan kau cari kau. Aku nak Harman betul-betul lenyap dalam hidup kau!'


--------------------------------------------------------------------------------

Dia masih ingat pada malam hujan renyai di mana kakaknya Azia memberi ceramah yang panjang lebar dalam mencorakkan masa depannya. Dirasakan hidupnya ketika itu kelam dan gelap, segelap batu hitam di malam hari. Tetapi kakaknya memberikan sinar harapan baginya.

Dia berjaya mengugurkan kandunganya yang baru berusia 5 minggu itu. Itulah dosa besar paling dahsyat pernah dilakukannya setelah dosa yang dilakukan saat dia menunaikan permintaan Harman untuk menjamah tubuh yang tidak halal baginya. Mengapa dia begitu bodoh melakukan pekerjaan terkutuk itu?

Allah cintakan dia! Itu dia sangat pasti kerana Allah masih menyelamatkan dia! Setelah apa yang telah dia lakukan Allah masih sayangkan dia!

Dan kini dia melalui kehidupan yang bersih, sebersih bayi yang bahu lahir. Dia bertaubat dengan taubat yang sesungguhnya.

"Orang yang bertaubat dari dosanya adalah seperti orang yang tidak berdosa lagi" (Hadis)

"Adlina, akak nak tanya ni....,'

Kak Rahmah yang menjadi penjaganya di bumi kangaroo itu menyapanya mesra setelah melihatnya begitu lama mengelamun. Dia berada di rumah Kak Rahmah ketika itu kerana ada kuliah ilmu di situ.

"Adlina sudah bersedia untuk berumah tangga?"

Terkejut dan terperanjat, dia tunduk menyepi. Dia merasakan air matanya mahu gugur dan hatinya dirasakan mahu pecah. Namun digagahkan juga hatinya. Bagaimana mampu dia menjawab persoalan itu sedangkan dirinya itu kotor dan jijik? Lebih dahsyat dari bangkai anjing yang dicampakkan ke dalam lombong najis? Manakan boleh aku hidup bersama dengan manusia yang tidak pernah ada noda dalam dirinya?

"Sesungguhnya taubat yang dapat diterima oleh Allah untuk orang-orang yang mengerjakan kejahatan kerana kejahilan, kemudian mereka bertaubat dalam masa yang dekat" ( Nisa:17)

Lama dia menunduk. Tiba-tiba dia merasakan ada sentuhan lembut di bahunya.

'Lina, akak minta maaf jika pertanyaan akak mengguris hati Lina. Akak tidak tahu yang Lina belum bersedia. Walaupun Lina masih belum menceritakan pada akak tentang perkara yang sentiasa menghantui diri Lina, tapi akak sangat harap Lina akan dapat melupakan kisah itu. Allah itu maha menerima taubat. Dia mendengar doa hamba-hambaNya. Akak yakin, sebesar manapun dosa Lina pada Dia, Dia akan ampunkan Lina.'

Dia mengangguk lemah. Dalam hatinya tidak putus–putus beristighfar agar dikuatkan hatinya.

'Akak dan suami akak cuma risaukan Lina sahaja. Hidup di negara bukan Islam ini banyak dugaannya. Cabaran datang dari pihak bukan Islam mahupun ya.'


--------------------------------------------------------------------------------

Lina mendengar kata-kata Kak Rahmah dengan penuh cermat. Walaupun persoalan perkahwinan adalah persoalan yang tidak mampu difikirkannya sekarang, namun dia tahu, semenjak mengenali Kak Rahmah, Kak Rahmah hanya berbicara jika perkara itu penting dan masanya sesuai sahaja.

Adlina sedar, dia telah banyak berubah semenjak datang ke situ. Tudungnya mula bertutup kemas. Pergaulannya sangat terjaga. Banyak ilmu-ilmu Islam yang dipelajarinya di situ. Malah dia benar-benar merasakan nikmatnya Islam itu apabila di datang ke bumi orang putih ini.

Dia sedar dia perlukan teman hidup yang kuat untuk menyokongnya untuk kekal berterusan di atas jalan ini. Yang mampu membimbingnya tanpa kebosanan mengenal penciptaNya dan beramal dengan sunnah NabiNya.

'Akak harap Lina sudi memikirkan perkara ini. Terpulang pada Lina untuk membuat pilihan. Pemuda itu sendiri tidaklah sempurna juga. Dia turut mengalami pengalaman yang serupa dengan Lina. Tapi, dia sudah pun bertaubat dari dosa-dosa silamnya. '

Lina mengangkat muka dan merenung Kak Rahmah penuh kaget. Mana akak tahu? bisik hatinya.

'Usah risau Lina, tiada siapa yang memberitahu kami. Cuma kami rasakan sahaja. Sudah ada seorang yang seperti Lina juga tapi alhamdulillah, di sini dia menemui cahayaNya.'

Adlina berfikir lama sambil menatap kosong ke sisi ruang tamu rumah Kak Rahmah. Teman-temannya sudah lama pulang. Sengaja Kak Rahmah minta dia pulang lewat hari itu.

' Jika Lina dah buat keputusan, nanti datanglah rumah akak minggu hadapan. Insyaallah dia akan datang juga untuk hadiri pengajian dengan suami akak. Dia pemuda yang paling baik akhlaknya pernah akak lihat. Tak pernah tinggal kuliah ilmu dan tidak pernah tinggal solat jemaah subuh di masjid.'

Adlina tersentak sejenak. Layakkah aku untuk pemuda itu? Manakan sama aku dengan dia! Adakah mampu aku memelihara cintaMu Ya Rabb di saat aku memiliki seorang lelaki dalam hidupku? Adakah aku tidak akan melupakanMu dan meninggalkan jalanMu di saat aku sudah berteman nanti?

"Katakanlah: Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, ataupun perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai dari Allah dan rasulNya dan berjihad di dalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya' ( Taubah: 24)

Dia sudah serik dikecewakan manusia dan dia pernah membenci lelaki dengan kebenciannya yang kesumat. Namun dia sedar dia tak boleh menyimpan perasaan itu. Allah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan. Tidak boleh kerana seorang pemuda dia membenci keseluruhan lelaki di atas dunia!

Tapi dia tidak mahu lagi terlalu menyintai manusia! Mereka membuatkannya kecewa!

'Perkahwinan itu seharusnya memberi kekuatan dan sinergi kepada individu dalam rumah tangga itu, bukan melemahkan. Jika isteri leka suami mengingatkan, jika suami lalai isteri menyedarkan. ' begitulah kata-kata Kak Rahmah di saat kami berbicara tentang perkahwinan dengannya.

Di saat itu, hawa dingin semula jadi menerobos ke dalam bilik sepinya, menggigilkan tubuh badannya. Di saat hening itu dia merasakan Allah sangat dekat dengan dirinya, lantas dia menadahkan tangannya ke langit sambil memohon:

" Ya Allah, jika benar dia pilihan terbaik untukku, maka tunjukkanlah aku jalanMu dan janganlah Kau palingkan cintaku dariMu."

Dia mendengar suara kekecohan berada di rumah Kak Rahmah. Bagaikan ada kenduri yang kecil. Kak Rahmah kata ada majlis ilmu, bukannya majlis makan-makan. Mungkin ramai orang barangkali, fikirnya.

Di saat dia masuk, ramai orang lelaki sudah mula beredar dari ruang tamu rumah Kak Rahmah itu. Tersipu-sipu dia bergegas ke ruang dapur untuk menemui Kak Rahmah. Segan dia kepada lelaki bukan ajnabi.

Kak Rahmah memeluknya dengan penuh kehangatan, menghilangkan hawa sejuk yang dialaminya di saat kedatangannya ke rumah itu.

'Ibu, mari sini ibu. Bawa Lina sekali,' Kedengaran suara Abang Hakim memanggil isterinya dari luar.

Kak Rahmah menarik tangan Lina dan di bawanya ke ruang tamu. Lina terlihat susuk tubuh yang agak dikenalinya duduk bersimpuh sopan di sisi Abang Hakim. Pernah aku lihat pemuda ini, dia berkira-kira. tapi di mana ya? Fikirannya pantas memikirkan. Dia cuba untuk mencuri-curi pandang ke arah lelaki itu namun lelaki itu juga tunduk statik menghadap lantai rumah.

Lina dengan mata tertunduk duduk di balik Kak Rahmah. Dia memang agak kekok berada dalam suasana begini. Apatah lagi dalam majlis yang sebegitu.

'Adlina Malik. Kenalkan, ini calon suamimu, Harman Haji Khalid.'

Di saat itu, dua insan di bilik itu mengangkat wajah masing-masing sambil merenung tajam antara satu sama lain. Ada makna di sebalik pandangan itu. Ada jawapan yang mahu diselidiki tapi suara mereka seolah-olah tenggelam di balik bunyian heater yang memanaskan ruangan di bilik tamu itu.

Kak Rahmah dan Abang Hakim mungkin menjadi insan paling hairan melihat mereka di tika itu.....

Sumber : www.iluvislam.com

Tuesday, December 14, 2010

Ratu Syahadah

Rasulullah s.a.w bersabda:
"Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita , mereka itu
ialah Asiah Binti Muzahim (iateri firaun) , Maryam binti imran (
bonda isa) , Khadijah binti Khuwalid ( isteri rasuluallah) dan
Fatimah Binti Mohamad ( puteri kesayangan rasuluallah )

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap
mempertahankan keimananya kepada Allah, meskipun hidupnya sebumbung
bersama suaminya ,Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

"Wahai Firaun, kau boleh seksa zahir aku, sedangkan batin aku tidak.
Engkau boleh potong badan aku, iman aku tidak."

Ucapan penuh bernilai dari Asiah tatkala menerima siksaan dari Firaun
yang dilaknat...

Ketabahan Asiah memelihara syahadah mentauhidkan Allah SWT telah
diabadikan di dalam Al-Quran Al-Karim. Firman Allah SWT :

"Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang² yang
beriman, ketika ia berkata : "Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah
rumah di sisi-Mu dalam Syurga dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan
perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim." (At-
Tahrim : 11)

Begitulah keteguhan iman seorang srikandi Ummah. Namanya terus
terpahat di dalam sirah, sebagai qudwah hasanah kepada kita sebagai
umat-Nya. Keberaniannya menjaga aqidahnya seharusnya dicontohi oleh
kita semua, khususnya kepada kaum wanita dan umumnya buat kita
semua...

Semoga kita dikurniakan ketabahan hati seteguh Asiah, mujahidah
sejati...amin. ..

Ratu syahadah - In Team

engkaulah permaisuri di mahligai tirani
teguh imanmu walau tersembunyi
kasihmu kau buktikan sebagai isteri
namun cintamu utk Ilahi

engkau masih isteri yg sejati
ketika suami..dimurka Allah
istana bukan penjara nikmat yg alpa
sinar imanmu tak kelam permata
kau miliki jiwa hamba..
walau disisimu singgahsana

sejarah Asiah telah membuktikan
iman bukanlah penjara dijiwa
yg telah bersembunyi
tapi kemerdekaan yg hakiki

yg punya wajah dan jua rupa
akhirnya imanmu bersuara
lantas kau dipenjara dan disiksa
oleh suamimu yg dihina

dikejauhan istana keangkuhan
menggamit mata sayu nya dijiwa
namun hatimu tk sudi kesana
iman dan aqidah lebih utama

ratu syahadah lalu bermadah
oh tuhan bina kan istana utkku
walaupun diduni aku disiksa
namun tk terbayar nikmat disyurga

oh Asiah
kau merubah rencana
bila tanganmu menyentuh bayi
yang hanyut meningkah arus sungai Nil
lembutmu mematahkan keangkuhannya
Fir'aun merancang kau menghalangnya
Musa terbuang..
jadi terbilang..

"Sesungguh Solatku,Ibadahku,Hidupku,Matiku hanya kerana Allah"

"Dan Allah tuhan Kami
Rasul ikutan kami
Al-Quran Panduan kami
Jihad jalan Kami
Mati Syahid cita-cita tertinggi kami"

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=3105.0

Thursday, December 9, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU

Assalamualaikum wbt..



Buat abang yang tersayang.. SELAMAT PENGANTIN BARU.



semoga tabah menempuhi segala dugaan di alam perkahwinan..


Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

Tuesday, December 7, 2010

Haji dan Makkah


Assalamualaikum wbt..,

Alhamdulillah.. akhirnya selesai juga kakak sulung ana mengerjakan haji nya. haji mabrur hendaknya. Kakak sulung ana cerita tentang keadaannya semasa menunaikan ibadah haji nya di sana. Wajah nya sangat ceria. Katanya, pelbagai dugaan juga dalam mengerjakan haji ni. terutama semasa berada di Arafah.

dalam hati ana terdetik sangat mahu pergi ke Tanah Suci.

ramai saudara-mara ana yang balik dari menunaikan haji @ umrah, mereka balik dengan penuh wajah ceria, bercerita tanpa henti. ana teringin sangat nak tahu bagaimana lah rupa keadaan di sana.
Insya Allah..
kalau ada rezeki ana akan cuba berusaha untuk mengumpul wang untuk ke sana.
tapi, yang paling penting ibadah kita. ana harap ana dapat belajar dan ana tidak henti dari berdoa kepada Allah S.W.T. agar jauhkan ana dari sifat pemalas. sifat ni memang sukar untuk dihindar. inilah dugaan Ilahi.

terima kasih kakyong hadiahkan jubah dari Makkah untuk kami adik-adik. =)






Salam Maal Hijrah


Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam..
marilah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T. kurniaan Nya selama ini kepada kita.
ana juga mahu berhijrah . berhijrah ke jalan Ilahi.
ana tidak pernah berhenti daripada berdoa kepadaNya agar sentiasa tetapkan hati ana dan agar ana tidak kembali ke masa silam ana.
sesungguhnya hati ana tenang dengan kehidupan baru ana bersama Allah S.W.T. yang sentiasa menemani ana setiap waktu dalam kehidupan ana.
benar. kesilapan ana yang lalu telah banyak mengajar ana agar dekat kepada Yang Maha Esa.
tiada penyesalan dalam kehidupan ini. segalan-galanya telah ditentukan oleh Ilahi.
titisan demi titisan air mata ana jatuh keranaNya.
tiada yang layak disembah melainkan Yang Maha Esa. sesungguhnya cinta ana kepada Nya tidak pernah pudar. dan ana harapkan agar cinta ini akan berpanjangan sehingga ke nafas yang terakhir.
telah banyak yang ana lalui sebelum ini. jadi, ana sentiasa mengharapkan hidayah dariNya.
ana mahu cari cinta Ilahi. ana mahu mencari diri ana. ana mahu menjadi anak yang solehah. ana mahu menjadi hambaNya yang sentiasa bertakwa dan kuat dalam menghadapi dugaan dariNya. ini semua satu ujian dari Allah S.W.T.
ana mahu berubah. dari yang buruk kepada yang baik. dari yang baik kepada yang lebih baik.
Solat merupakan aktiviti yang sangat ana cintai. Al Quran salah satunya harta yang sangat ana sayangi. wudhu' pula merupakan sumber alam yang sangat ana hargai. zikir ana mampu menghindar dari aktiviti mengumpat dan fitnah.. ketenangan sentiasa ada padanya.
ana cintakan Allah S.W.T.
ana sayangkan Rasulullah S.A.W.
ANA CINTAKAN ISLAM.
tiada siapa yang boleh tandangi cinta ana kepadaNya
RINDU ANA HANYA UNTUK RASULULLAH.
bagi yang masih dalam kehidupan anda yang sekarang. bagi yang masih belum merasakan jihad padaNya. , dan bagi sesiapa yang bersama mereka, anda semua janganlah risau. Allah S.W.T. sentiasa bersama anda. Insya Allah. Allah S.W.T. tidak pernah mempersia-siakan hambaNya. hidayah dari Allah S.W.T., mohonlah. doalah. agar sentiasa mendapat hidayah dariNya.
hadapilah kehidupan ini dengan tenang dan tabah. sentiasa lah buka pintu hatimu agar sentiasa mendapat hidayah daripadaNya.
sentiasa jihad dalam kehidupanmu.
ALLAH S.W.T. SENTIASA BERSAMAMU..

Sunday, December 5, 2010

terima kasih bonda, ayahanda atas didikanmu


Assalamualaikum wbt..,

terima kasih bonda, ayahanda kerana telah banyak mendidik ika sehingga ke hari ini
bertarikh 05.12.2010 . anakmu sudah berumur 18 tahun. terima kasih atas segala-galanya.

Ya ALLAH..
terima kasih Ya Allah..
syukur atas kurniaan MU.. iaitu bonda dan ayahanda.
sayang ku pada mereka tidak terhingga.
bonda terima kasih kerana telah melahirkan ika. bonda sudah terlalu banyak berkorban demi ika. ika tak mampu nak balas segala pengorbanan bonda pada ika. ika terlalu sayangkan mak.
Zainab binti Ab Talib. bonda ana yang tercinta.

Buat Ismail bin Abdul Karim.. ayahanda ana yang tercinta. terima kasih atas segala kasih sayang yang abah berikan. terima kasih abah sebab dah banyak korbankan masa, tenaga, dan wang ringgit demi memenuhi keperluan anakmu. ika tak mampu nak membalas segala pengorbanan dan penat letih abah selama ini.

bonda, ayahanda.
ika terlalu sayangkan mak dan abah.
ika takut nak buat salah pada mak, abah.
ika harap mak, dan abah cepat sembuh.
hanya Allah S.W.T. saja yang tahu betapa sayangnya ika kat mak, abah.

terima kasih bonda atas hadiah kek yang bonda berikan.
tiada hadiah yang dapat ditandingi dengan hadiah yang bonda berikan.
segala kasih sayang bonda dan ayahanda

Friday, December 3, 2010

kerana bulu mata masuk syurga



Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah,

“Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu…”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul² telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”

Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”

Tiba-tiba mata berbicara,“Saya yang memandang,”

disusuli dengan telinga,“Saya yang mendengar perkara itu”

Hidung pun tidak ketinggalan,“Saya yang mencium”

Bibir pun mengaku dengan slumbernye,“Saya yang merayu”

Lidah menambah dengan berani,“Saya yang menjilat dan menghisap”

Tangan tanpa malu meneruskan,“Saya yang meraba dan meramas”

Kaki pula menyusul,“Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”

“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”

Malaikat menjawab dengan tenang,“Silakan wahai bulu mata”

“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:

“Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..”