Saturday, October 22, 2011

Rindu akan si dia.. ^_^

Assalamualaikum w.b.t..
Bismillahirrahmanirrahim..

Tiba-tiba ingin meluah satu perasaan yang terlalu lama terpendam..
Mungkin dia membacanya.. hehehe ^____^
Dia yang sentiasa di lab nya..



haa... itu dia kakchiknda tercinta.. 




Tuesday, October 18, 2011

impian saya,. saya nak begini!

Assalamualaikum w.b.t..
Bismillahirrahmanirrahim..

♥ tak cukup solat 5 waktu, no way to enter my life,..
itu tandanya dia tak cinta pada Allah..
"seorg lelaki yg menyentuh kamu seblum bernikah, tidak mencintai kamu tapi
dia menghina kamu.." 
 ♥



:.. SayangKu..:

Assalamualaikum w.b.t..
Bismillahirrahmanirrahim..




Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta


Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

Lagu : Aku Maafkan Kamu/ Jamal Abdillah

Monday, October 17, 2011

Dua Perkara yang Selalu Membuatkan Kita Tak Bersyukur

Assalamualaikum w.b.t..
Bismillahirrahmanirrahim..

Sambil termenung sejenak di jendela rumah,.
ditemani artikel ni...
Moga dapat dimanfaatkan bersama...


http://akuislam.com/blog/renungan/dua-perkara-yang-selalu-membuatkan-kita-tak-bersyukur/




PERTAMA : KITA SERING MEMFOKUSKAN DIRI PADA APA YANG KITA INGINKAN, BUKAN PADA APA YANG KITA MILIKI.


Katakanlah anda telah memiliki sebuah  rumah, kenderaan,  pekerjaan tetap, dan pasangan yang cantik .

Tetapi  anda  masih merasa kurang.  Fikiran anda dipenuhi pelbagai target dan keinginan.
Anda begitu obses dengan rumah yang besar dan  indah,  kereta mewah, serta pekerjaan yang mendatangkan lebih banyak wang.
Kita ingin ini dan itu. Bila tak  berjaya mendapatkannya kita terus memikirkannya.
Tapi  anehnya,  walaupun sudah mendapatkannya, kita hanya menikmati  kesenangan sesaat.
Kita tetap juga tidak puas, kita ingin  yang lebih lagi.
Jadi, betapa banyaknya harta  yang kita miliki, kita tak pernah menjadi “KAYA”  dalam  erti yang sebenarnya
.
Mari kita luruskan pengertian kita mengenai orang  ”kaya”.
Orang yang ”kaya” bukanlah orang yang  memiliki banyak perkara, tetapi orang yang dapat  menikmati segala perkara yang mereka miliki.
Kita boleh memiliki keinginan,  tetapi kita perlu menyedari bahawa inilah punca perasaan  tidak tenteram. Kita dapat mengubah perasaan ini  dengan  berfokuskan pada apa yang sudah kita miliki.
Cubalah  lihat keadaan di sekeliling anda, fikirkan yang miliki, dan syukurilah. Anda akan merasakan  nikmatnya  hidup.
Pusatkanlah perhatian Anda pada sifat-sifat yang baik , pasangan, dan orang-orang di sekitar Anda.  Mereka akan menjadi lebih menyenangkan.
Seorang pengarang pernah mengatakan, ”Menikahlah  dengan orang yang anda cintai, setelah itu cintailah  orang yang anda nikahi.” Ini mewujudkan rasa  syukur.
Ada cerita menarik mengenai seorang datuk yang  mengeluh keranaa tidak dapat membeli selipar, padahal  seliparnya sudah lama rosak. Suatu petang dia melihat  seseorang yang tidak mempunyai kaki, tetapi tetap ceria.  Saat itu juga si datuk itu berhenti mengeluh dan mulai  bersyukur.
.
Hal kedua yang sering membuat kita tak bersyukur adalah. . .


KECENDERUNGAN MEMBANDING-BANDINGKAN DIRI KITA DENGAN ORANG LAIN.
Kita merasa orang lain lebih  beruntung. Kemanapun kita pergi, selalu ada orang  yang  lebih pandai, lebih tampan, lebih cantik, lebih  percaya diri, dan lebih kaya dari kita. . . .
Rumput tetangga memang sering kelihatan lebih hijau  dari rumput di pekarangan rumah  sendiri.

Ada cerita  menarik  mengenai dua orang penghuni ospital sakit jiwa.  Pesakit pertama sedang duduk termenung sambil  menyebut, ‘‘Lulu, Lulu.” Seorang pengunjung yang kehairanan menanyakan masalah  yang dihadapi orang ini. Si doktor menjawab, ”Orang ini jadi gila setelah cintanya ditolak oleh Lulu.”
Pengunjung  meneruskan lawatan, Tetapi apabila sampai di wad lain dia terkejut melihat penghuninya terus menerus  memukul kepalanya di tembok dan berteriak,  ”Lulu,  Lulu”. ”Orang ini juga punya masalah dengan  Lulu? ” tanyanya kehairanan. Doktor kemudian  menjawab,  ”Ya, dialah yang akhirnya menikah dengan Lulu.”

Hidup akan lebih bahagia kalau kita dapat menikmati  apa yang kita miliki.  Kerana itu bersyukur merupakan kualiti hati yang  tertinggi.
Saya ingin mengakhiri tulisan ini dengan  cerita mengenai seorang ibu yang sedang terapung di  laut kerana kapalnya karam, namun tetap berasa bahagia.  Ketika ditanya kenapa demikian, dia menjawab, ”Saya  mempunyai dua anak lelaki.  Yang pertama sudah meninggal, yang kedua hidup di  tanah seberang. Kalau berhasil selamat, saya sangat  bahagia kerana dapat berjumpa dengan anak kedua  saya.  Tetapi kalau pun saya mati tenggelam, saya juga akan  berbahagia kerana saya akan berjumpa  dengan anak  pertama saya di syurga.”


MANTOP!

Assalamualaikum w.b.t...
Bismillahirrahmanirrahim...


nampak ceria saja wajah2 peserta di program Mantop Training and Consultancy..
Tambahan pula ada kenalan menjadi fasilitator, namun..
jauh di rawang, selangor.. 
Mungkin tak ada rezeki.. InsyaAllah dikemudian hari.. ^___^


♥ Engkau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri ^_____^ ♥




Himpunan Sejuta Umat ^___^

Assalamualaikum w.b.t..
Bismillahirrahmanirrahim..




Alhamdulillah Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah bakal diadakan pada
Tarikh     :  22 Oktober 2011
Lokasi    :  Stadium Shah Alam

Seronok bila dapat promosi kan program ni walaupun saya tak dapat pergi sebab tak ada siapa nak hantar.. heheheh ^__-

Mari-mari.. info ni saya petik dari facebook HIMPUN. ^___^



Himpunan Sejuta Umat antara lain mempunyai objektif berikut:
a. Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.

b. Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.

c. Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.

d. Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.

e. Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.

f. Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.





:..14.11 2011..:

Assalamualaikum w.b.t..
Bismillahirrahmanirrahim..





Tarikh tu..?
Saya mulakan kisah dengan satu kegembiraan..

Alhamdulillah.. bakal menjejakkan kaki ke Kuala Kangsar tak lama lagi selama 3 tahun. InsyaAllah hrapnya..
^______^


Bersama tawaran kursus Diploma Pengajian Islam di Kolej Islam Darul Ridzuan..
Bonda dan ayahanda bersama wajah yang tersenyum gembira menyampaikan surat tawaran sambil berpesan..
Kalini jangan berpatah lagi, teruskan dengan azam baru, tekad untuk berjaya..

InsyaAllah..
dalam hati ada taman....~~~


Monday, October 10, 2011

KeindahanMu tiada tandingan.. ^_____^

Assalamualaikum w.b.t..
Bismillahirrahmanirahim..

MasyaAllah.. Subhanallah..
Allah S.W.T. menunjukkan kekuasaanNya malam tadi.. Dari jam 11 mlm sehingga 130 pagi..



sumber : syahirul.com di facebook.. kira-kira pukul 11malam
rasa sedih bila tak terfikir untuk lihat bulan waktu ini .. :(



fenomena moon ring..














sumber : search dari google..
sangat mirip dengan apa yang saya lihat malam tadi kira-kira 12 pagi shingga 130  :D


~ Saya yang sentiasa memilih untuk belajar dari alam dan sangat menyukai keindahan bulan..
Sangat terpegun dengan keindahan dariNya.. Meloncat kegembiraan atas keajaiban tersebut tanpa henti menyebut nama Maha Pencipta..

Apa lagi yang kita mahukan di dunia ni?
Tak cukup lagikah bukti wujudnya Allah S.W.T. ?

Berfikir sejenak sambil merenung keindahan malam tadi hampir sejam.. Air mata pasti akan menitis setiap kali alam mengajar saya bermacam-macam perkara. Saya yang suka termenung melihat keindahan luar.. Tak kira di mana saja sampai ramai ingatkan hidup saya sentiasa muram..

Yea.. Saya muram.. Muram mengenangkan dosa lama.. Tak mampu rasanya menahan sebak setiap kali memandang keluar, merintih berdoa pada Allah. Masa silam kembali menerawang di fikiran. Terlalu banyak hambaMu ini memohon sampaikan saya sendiri malu.. Dosa terlalu bnyak namun Allah tetap mengabulkan doaku..

Astaghfirullahalazim..
Ya Allah.. ampunkan segala dosaku..



Saturday, October 8, 2011

terpaksa lupa buat sementara mungkin.. ^__^



Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim..

Ada sesuatu yang perlu kita tinggalkan walaupun pahit.,
tapi mungkin itu lebih bermakna untuk masa hadapan..

Maafkan sahabat dan teman-teman..
Jika saya menyepi..
Mungkin itu lebih baik.. dari saya mengenang kisah lama..
Dan satu semangat baru bakal tiba pada tarikh ini  14.11.2011..
Moga tarikh itu sangat bermakna buat saya.. Sesuatu yang menggembirakan bakal tiba InsyaAllah..
Dan segala kenangan lama harap dapat diluputkan sementara agar kekuatan itu kembali semula dalam diri..

Doa ku mohon dimakbulkan Ya Allah..