Monday, October 17, 2011

Himpunan Sejuta Umat ^___^

Assalamualaikum w.b.t..
Bismillahirrahmanirrahim..




Alhamdulillah Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah bakal diadakan pada
Tarikh     :  22 Oktober 2011
Lokasi    :  Stadium Shah Alam

Seronok bila dapat promosi kan program ni walaupun saya tak dapat pergi sebab tak ada siapa nak hantar.. heheheh ^__-

Mari-mari.. info ni saya petik dari facebook HIMPUN. ^___^



Himpunan Sejuta Umat antara lain mempunyai objektif berikut:
a. Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.

b. Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.

c. Memberitahu rakyat perlunya persoalan aqidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.

d. Menserlahkan Institusi Raja yang menjadi payung Bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.

e. Menzahirkan kekuatan aqidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.

f. Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukkan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwahkan agama selain daripada Islam kepada orang Islam.





No comments:

Post a Comment