Sunday, February 24, 2013

usaha untuk yang terbaik :)

بسم الله الرحمن الرحيم




Alhamdulillah untuk hari ini..
sampai sini sahaja penantian aku..
biar Allah sahaja yang tentukan..

نور اتيكه
cukup jangan tunggu..
jangan mengeluh lagi..
selesaikan pembelajaran..
thun hdpan bakal jadi satu kebanggaan untuk mak,abah..
dapat pegang segulung diploma yang telah lama ana nantikan.. terlalu lama..
walau mungkin bukan dalam bidang yg ana sangat minati dulu..
tapi, yg sekrang jauuh lebih baik.. 
kalau ada rezeki mungkin lebih awal ana dapat tamatkan pelajaran..
ana nekad..

lupakan segala kisah itu..
kisah lama yg bertandang semula dalam fikiran..
lupakan segala rasa yang sentiasa bermain di fikiran..
utamakan mak, abah..
itu lebih penting..

fokus pada pelajaran..
sehingga kamu degree..
tika itu, terpulanglah untuk kamu bersuara nor atikah..
tika itu usia juga sudah meningkat..
sekrang kamu masih muda untuk mempertahankan..
In Shaa Allah.. timba ilmu melalui pengalaman..
sebanyak yang mngkin.. jangan putus asa..
ramai lagi di luar sana utk kamu tambhkan ilmu melalui pengalaman mereka..

نور اتيكه
muslimah yang sentiasa dilindungi Allah.
jika kamu percaya..
Allah itu Wujud dan sentiasa Adil..
yakinlah,.
kasih sayang darinya takkan pernah putus..
dan percayalah Dia takkan pernah lepaskanmu terumbang-ambing..

biar susah   نور اتيكه..
biar sakit untuk menerima..
asalkan Allah tahu..
tutup mulutmu dari terus melepaskan rasa..
maniskan wajahmu..
tunjukkan rasa gembira..
itu lebih baik..
dari kamu terus menyakiti hatimu sendiri..
jika kamu tak mampu menahan rasa..
tangislah..
di hadapan Dia yang benar-benar kamu percaya..
yang tak mungkin menyebarkan ceritamu pada sesiapa..

mmg susah untuk jadi baik..
sekiranya tiada keikhlasan dalam diri..
IKHLAS   نور اتيكه..
untuk melahirkan KEIKHLASAN bukan suatu yang mudah..
jangan merungut  نور اتيكه ..
sudah bertahun kamu merasai susah tu..
kenapa perlu merungut lagi..?

Alhamdulillah ana berjaya terapkan sdikit sebanyak sifat Rasulullah dalam diri..
ana cuba dan sentiasa mencuba..
bukan mudah.. susah.. sangat susah.. tapi masih ada yang tak cuba untuk faham..
tlg ana merayu untuk jangan memaksa..
biar ia lahir sendiri.. :')

Friday, February 15, 2013

Lepaskan ia pergi kalau itu lebih baik.

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah untuk hari ini..
syukur kepada-Mu, Ya Allah..
ada gambar comel untuk dikongsikan bersama .. :)



Tuesday, February 5, 2013

Pernikahan :)

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah.. terasa banyak idea pula 2,3 hari ni..
Allah kurniakan ana seorang sahabat juga saudara semuslimah
yang bakal bernikah tidak lama lagi.. walau usia nya lebih muda tetapi dia telah 
banyak membantu ana dalam mengerti apa itu pernikahan.. bukan mudah untuk memujuk dan memahamkan keluarga terutama mak, ayah untuk melepaskan anaknya pada seorang lelaki yg bakal menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami.. ana juga mulai rapat dengan seorang ukhti yang bergelar kakak telah bernikah dan mempunyai seorang anak kecil yang sangat comel.. matanya bulat (^_^)

ayah kepada kakak ni berpegang pada bahawa sekiranya anak perempuan bersuara untuk bernikah, maka nikahkanlah.. 


bersama ukhti yang sudah bergelar isteri.

kadang ana rasa malu, walaupun ana telah buat kajian dan menjawab persoalan anak muda untuk bernikah awal dan meyakinkan mereka nikah usia muda bukan suatu penghalang tetapi ana sendiri masih rasa takut dan bimbang untuk menghadapinya sekiranya suatu hari nanti Allah pertemukan jodoh ana di usia sebegini.. 
ana belajar bidang agama dan ana harap ana faham apa itu pernikahan dengan sebaiknya kerana ana adalah dai'e.. 
kebanyakan mereka suka mendengar nasihat dari orang yang mempunyai pengalaman..
namun, ana rasa ana kurang bab ini tetapi hanya pandai bercakap di dalam kelas ttg apa itu pernikahan di awal usia.. ana berharap Allah pertemukan ana dengan jodoh ana seawal yang mungkin..
banyak sebab kenapa ana mengharapkan begitu..
bukan menggatal..
tetapi..
Itu janji Allah untuk melindungi muslimah dari melakukan maksiat..
inilah sebab kenapa ramai dari bidang agama yang bernikah ketika belajar.. bukan suatu masalah namun ia merupakan penyelesaian agar mudah untuk memahami apa yang kita belajar... kerana Allah akan block hati kita dari terima ilmu selagi kita masih dalam perkara maksiat..

ana juga tahu ramai mengatakan pernikahan itu sukar.
ibarat ukhti kata, dalam pasangan suami isteri ada turun naiknya..
ana tak kisah dan ana takkan mengalah kerana kehidupan walau kita seorang mahupun berpasangan kita tetap akan diuji.. percayalah itu janji Allah..

ana juga berharap ana dapat lahirkan zuriat yang soleh solehah.. seramai yang mungkin ana harapkan..
juga menjadi kebanggaan mak,ayah ana nanti..
mak,ayah ana pernah berharap sebelum ana lahir, ana anak lelaki yang bakal dimasukkan ke sekolah tahfiz.. namun, anak perempuan pula yang lahir... tak mengapa mak, abah.. In Shaa Allah.. anak-anak ana akan ana hantar kesemuanya belajar bidang tahfiz tak kira lelaki mahupun perempuan..
ana akan didik dari kecil..ana sambungkan cita-cita mak, abah kepada anak-anak ana nanti..

ana juga tidak boleh menolak lelaki yang sudah sempurna dan cukup syaratnya dalam Islam untuk masuk melamar..
tetapi yang ana harapkan...
dia mengenali siapa ana dari mak,ayah ana.. 

kini, mulai dari hari ini..
ana nekad melakukan istikharah dan hajat mohon petunjuk dan keyakinan hati..
dan yang paling penting ana harapkan agar Allah campakkan rasa juga ilmu ttg apa itu tggjwb sebagai seorang isteri... :)

matanG :)

بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah.. pagi-pagi begini sebelum masuk kelas sebentar lagi..
terjumpa blog yang mantap isinya, pendapat ana yea ..
"ceria, budak-budak itu luaran, jgn terkejut jika 
aku tunjukkan kematangan itu! " (^_^)''

http://shafaza-zara.blogspot.com/2010/01/tanda-matang-adalah-punya-teman-hidup.html


also, photo di bawah ni yg sangat mantop utk muslimah yg sweet di luar sana :)




jangan bezakan DIA dan KITA!

بسم الله الرحمن الرحيم





Alhamdulillah.. syukur pada Allah yang masih mengurniakan nafas buat ana..
pelbagai persoalan dalam minda dari dulu hingga kini..
kebanyakan nya atas dasar tauhid.

Allah kurniakan seorang insan dalam hidup ana..
banyak membantu tanpa bertanya..
dia merungkaikan segala kekusutan dalam pemikiran ana..
dia ustaz ana.. syukran ustaz.. :')

merungkaikan persoalan tentang solat..
ada seorang sahabat bertanya pada ana..
kenapa perlu dia solat sedangkan ramai di luar sana yang solat tapi masih buat maksiat..
dgn tidak disangka tanpa ana bertanya...
ustaz bercerita tentang topik yg sama dalam pemikiran ana..
ibadah solat antara kita dengan Tuhan kita..
ibarat kamu membezakan yang halal dengan yang haram...
manfaatnya memakan makanan yang halal ibarat manfaat nya solat..
khusyuk tika solat itu yang membezakan kenapa masih ada yang berbuat maksiat walau pun 
solat tak pernah tinggalkan..

persoalan kedua dalam minda ana..
kenapa ada di kalangan mereka yang memulaukan saudara Islam mereka sendiri..
mengapa mereka menuduh saudara mereka sendiri tanpa bukti..

ustaz rungkaikan lagi tanpa ana bertanya..
ustaz kata, tak perlu nak mendengar dan menyampaikan kalau ianya tak nampak dengan mata kamu sendiri..
kalau hanya dari mulut menyampai kepada mulut itu adalah fitnah..
bayangkan kamu ditempat orang yang difitnah, bayangkanlah. malu atau tidak ?
jika dengar, hentikan! cukup dengar itu jgn sambung dan sampaikan pada yang lain..
adakah kamu nampak dgn mata kamu sndiri? kalau tidak, biarkanlah..

ustaz bercerita lagi tentang murtad..
orang suka menghukum terus murtad hukumnya bunuh!
fikir logik akal, berapa ramai umat Islam yang murtad secara sembunyi..
jika ada antara sahabat kita yang kita lihat mereka melakukan perkara murtad, 
tak perlu kita serang, pergi pada dia dan fahamkan dia apa itu Islam..
sebelum menghukum, tanya dulu mengapa dia murtad?
sebelum menghukum, lihat dahulu bagaimana umat Islam membawa Islam itu sendiri..!

Allah Allah..
jauhkan aku dari fitnah dunia..
dan jauhkan aku dari sikap sombong dan membeza-bezakan manusia...
sedang di padang mahsyar nanti, kita semua sama..
jangan fikir dia ambil dadah, dia pelacur, dia HIV, dia minum arak, dia clubbing, 
dia berzina, dia gila seks, dia murtad, dia mencuri, 
jangan katakan dia hina! 
jangan bezakan dan jangan sesekali pinggirkan saudara kita!
ada yang memulaukan mereka dan berkata atas dasar kebaikan..
kebaikan apa?
sbg contoh, mereka kata, perlu elak sebab dia kuat mencuri..
adakah cukup sifat kamu dari kekurangan seperti lupa?
adakah kamu pasti dia yang mencuri?
walhal jika barang yang dicuri ada pada dia belum tentu lagi kita boleh fitnah dia yang mencuri..
ibaratkan orang lain letak dadah dalam beg kita,
kita dihukum gantung tanpa ada buat salah apa-apa..
nampak besar bukan keburukan fitnah?
mudah kata, tak boleh terima apa yang Allah dah tetapkan
bahawa kalau Allah kata jadi, jadilah..
ibarat kalau barang kita hilang walaupun kita sayang barang tu, kalau Allah tetapkan hilang,
ianya akan tetap hilang..
Alhamdulillah ana dibesarkan dalam keluarga yang sentiasa salahkan diri cuai dan tak pernah terdetik
untuk mengatakan yang lain..

tambahan lagi, kamu semua telah dewasa bukan budak kecil..
jika dia mengajak kamu kepada perkara jahat, mahukah kamu ikut?
sedang dah boleh fikir perkara baik buruk..
kawan, faham dia, jadikan dia sahabat tak salah.. tapi jangan biarkan iman kamu lemah dengan mudahnya ikut dia lakukan maksiat..

jangan sesekali kau sombong menganggap kau mulia..
dan fikirkanlah kalau kisah hidup mereka ada dalam kisah hidup mak,ayah kamu, adik beradik kamu, mahupun darah daging kamu..
sanggupkah kamu buang mereka?
atau yang lakukan itu kamu sendiri?

ana katakan semua ini kerana kehidupan sekeliling ana ada mereka..
mereka yang kamu pandang hina..
jika ada yang menyuruh ana memulaukan mereka, mudah ana katakan TIDAK..
kerana ana hidup dengan mereka seperti itu dari dulu hingga detik ini..

Allah nilai kita tika pengakhiran hidup kita..
mereka yg melakukan jenayah dan perkara hina yang kamu pandang itu mungkin lebih baik dari kamu kemudian nanti.. 

Fikirkanlah wahai saudaraku..
tambah pula pada yang belajar dalam bidang agama..
ustaz kata, tak cukup belajar pandu buku saja, sedang tak mahu tambah lagi dalam kehidupan seharian..
ingat wahai saudaraku yang belajar bidang agama..
jangan terlalu jumud dan fikirkanlah..
ini zaman moden, berdakwahlah ikut cara moden.. :')