Tuesday, February 5, 2013

jangan bezakan DIA dan KITA!

بسم الله الرحمن الرحيم





Alhamdulillah.. syukur pada Allah yang masih mengurniakan nafas buat ana..
pelbagai persoalan dalam minda dari dulu hingga kini..
kebanyakan nya atas dasar tauhid.

Allah kurniakan seorang insan dalam hidup ana..
banyak membantu tanpa bertanya..
dia merungkaikan segala kekusutan dalam pemikiran ana..
dia ustaz ana.. syukran ustaz.. :')

merungkaikan persoalan tentang solat..
ada seorang sahabat bertanya pada ana..
kenapa perlu dia solat sedangkan ramai di luar sana yang solat tapi masih buat maksiat..
dgn tidak disangka tanpa ana bertanya...
ustaz bercerita tentang topik yg sama dalam pemikiran ana..
ibadah solat antara kita dengan Tuhan kita..
ibarat kamu membezakan yang halal dengan yang haram...
manfaatnya memakan makanan yang halal ibarat manfaat nya solat..
khusyuk tika solat itu yang membezakan kenapa masih ada yang berbuat maksiat walau pun 
solat tak pernah tinggalkan..

persoalan kedua dalam minda ana..
kenapa ada di kalangan mereka yang memulaukan saudara Islam mereka sendiri..
mengapa mereka menuduh saudara mereka sendiri tanpa bukti..

ustaz rungkaikan lagi tanpa ana bertanya..
ustaz kata, tak perlu nak mendengar dan menyampaikan kalau ianya tak nampak dengan mata kamu sendiri..
kalau hanya dari mulut menyampai kepada mulut itu adalah fitnah..
bayangkan kamu ditempat orang yang difitnah, bayangkanlah. malu atau tidak ?
jika dengar, hentikan! cukup dengar itu jgn sambung dan sampaikan pada yang lain..
adakah kamu nampak dgn mata kamu sndiri? kalau tidak, biarkanlah..

ustaz bercerita lagi tentang murtad..
orang suka menghukum terus murtad hukumnya bunuh!
fikir logik akal, berapa ramai umat Islam yang murtad secara sembunyi..
jika ada antara sahabat kita yang kita lihat mereka melakukan perkara murtad, 
tak perlu kita serang, pergi pada dia dan fahamkan dia apa itu Islam..
sebelum menghukum, tanya dulu mengapa dia murtad?
sebelum menghukum, lihat dahulu bagaimana umat Islam membawa Islam itu sendiri..!

Allah Allah..
jauhkan aku dari fitnah dunia..
dan jauhkan aku dari sikap sombong dan membeza-bezakan manusia...
sedang di padang mahsyar nanti, kita semua sama..
jangan fikir dia ambil dadah, dia pelacur, dia HIV, dia minum arak, dia clubbing, 
dia berzina, dia gila seks, dia murtad, dia mencuri, 
jangan katakan dia hina! 
jangan bezakan dan jangan sesekali pinggirkan saudara kita!
ada yang memulaukan mereka dan berkata atas dasar kebaikan..
kebaikan apa?
sbg contoh, mereka kata, perlu elak sebab dia kuat mencuri..
adakah cukup sifat kamu dari kekurangan seperti lupa?
adakah kamu pasti dia yang mencuri?
walhal jika barang yang dicuri ada pada dia belum tentu lagi kita boleh fitnah dia yang mencuri..
ibaratkan orang lain letak dadah dalam beg kita,
kita dihukum gantung tanpa ada buat salah apa-apa..
nampak besar bukan keburukan fitnah?
mudah kata, tak boleh terima apa yang Allah dah tetapkan
bahawa kalau Allah kata jadi, jadilah..
ibarat kalau barang kita hilang walaupun kita sayang barang tu, kalau Allah tetapkan hilang,
ianya akan tetap hilang..
Alhamdulillah ana dibesarkan dalam keluarga yang sentiasa salahkan diri cuai dan tak pernah terdetik
untuk mengatakan yang lain..

tambahan lagi, kamu semua telah dewasa bukan budak kecil..
jika dia mengajak kamu kepada perkara jahat, mahukah kamu ikut?
sedang dah boleh fikir perkara baik buruk..
kawan, faham dia, jadikan dia sahabat tak salah.. tapi jangan biarkan iman kamu lemah dengan mudahnya ikut dia lakukan maksiat..

jangan sesekali kau sombong menganggap kau mulia..
dan fikirkanlah kalau kisah hidup mereka ada dalam kisah hidup mak,ayah kamu, adik beradik kamu, mahupun darah daging kamu..
sanggupkah kamu buang mereka?
atau yang lakukan itu kamu sendiri?

ana katakan semua ini kerana kehidupan sekeliling ana ada mereka..
mereka yang kamu pandang hina..
jika ada yang menyuruh ana memulaukan mereka, mudah ana katakan TIDAK..
kerana ana hidup dengan mereka seperti itu dari dulu hingga detik ini..

Allah nilai kita tika pengakhiran hidup kita..
mereka yg melakukan jenayah dan perkara hina yang kamu pandang itu mungkin lebih baik dari kamu kemudian nanti.. 

Fikirkanlah wahai saudaraku..
tambah pula pada yang belajar dalam bidang agama..
ustaz kata, tak cukup belajar pandu buku saja, sedang tak mahu tambah lagi dalam kehidupan seharian..
ingat wahai saudaraku yang belajar bidang agama..
jangan terlalu jumud dan fikirkanlah..
ini zaman moden, berdakwahlah ikut cara moden.. :')

No comments:

Post a Comment