Tuesday, February 5, 2013

Pernikahan :)

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah.. terasa banyak idea pula 2,3 hari ni..
Allah kurniakan ana seorang sahabat juga saudara semuslimah
yang bakal bernikah tidak lama lagi.. walau usia nya lebih muda tetapi dia telah 
banyak membantu ana dalam mengerti apa itu pernikahan.. bukan mudah untuk memujuk dan memahamkan keluarga terutama mak, ayah untuk melepaskan anaknya pada seorang lelaki yg bakal menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami.. ana juga mulai rapat dengan seorang ukhti yang bergelar kakak telah bernikah dan mempunyai seorang anak kecil yang sangat comel.. matanya bulat (^_^)

ayah kepada kakak ni berpegang pada bahawa sekiranya anak perempuan bersuara untuk bernikah, maka nikahkanlah.. 


bersama ukhti yang sudah bergelar isteri.

kadang ana rasa malu, walaupun ana telah buat kajian dan menjawab persoalan anak muda untuk bernikah awal dan meyakinkan mereka nikah usia muda bukan suatu penghalang tetapi ana sendiri masih rasa takut dan bimbang untuk menghadapinya sekiranya suatu hari nanti Allah pertemukan jodoh ana di usia sebegini.. 
ana belajar bidang agama dan ana harap ana faham apa itu pernikahan dengan sebaiknya kerana ana adalah dai'e.. 
kebanyakan mereka suka mendengar nasihat dari orang yang mempunyai pengalaman..
namun, ana rasa ana kurang bab ini tetapi hanya pandai bercakap di dalam kelas ttg apa itu pernikahan di awal usia.. ana berharap Allah pertemukan ana dengan jodoh ana seawal yang mungkin..
banyak sebab kenapa ana mengharapkan begitu..
bukan menggatal..
tetapi..
Itu janji Allah untuk melindungi muslimah dari melakukan maksiat..
inilah sebab kenapa ramai dari bidang agama yang bernikah ketika belajar.. bukan suatu masalah namun ia merupakan penyelesaian agar mudah untuk memahami apa yang kita belajar... kerana Allah akan block hati kita dari terima ilmu selagi kita masih dalam perkara maksiat..

ana juga tahu ramai mengatakan pernikahan itu sukar.
ibarat ukhti kata, dalam pasangan suami isteri ada turun naiknya..
ana tak kisah dan ana takkan mengalah kerana kehidupan walau kita seorang mahupun berpasangan kita tetap akan diuji.. percayalah itu janji Allah..

ana juga berharap ana dapat lahirkan zuriat yang soleh solehah.. seramai yang mungkin ana harapkan..
juga menjadi kebanggaan mak,ayah ana nanti..
mak,ayah ana pernah berharap sebelum ana lahir, ana anak lelaki yang bakal dimasukkan ke sekolah tahfiz.. namun, anak perempuan pula yang lahir... tak mengapa mak, abah.. In Shaa Allah.. anak-anak ana akan ana hantar kesemuanya belajar bidang tahfiz tak kira lelaki mahupun perempuan..
ana akan didik dari kecil..ana sambungkan cita-cita mak, abah kepada anak-anak ana nanti..

ana juga tidak boleh menolak lelaki yang sudah sempurna dan cukup syaratnya dalam Islam untuk masuk melamar..
tetapi yang ana harapkan...
dia mengenali siapa ana dari mak,ayah ana.. 

kini, mulai dari hari ini..
ana nekad melakukan istikharah dan hajat mohon petunjuk dan keyakinan hati..
dan yang paling penting ana harapkan agar Allah campakkan rasa juga ilmu ttg apa itu tggjwb sebagai seorang isteri... :)

No comments:

Post a Comment