Monday, November 28, 2011

:.. Rezeki Allah s.w.t. tentukan ^^ ..:

Assalamualaikum w.b.t..
Bismillahirrahmanirrahim..



Astaghfirullhalazim..
ana lupa nak share pesanan sahabat ana sebelum ana sambung belajar di Kolej Islam Darul Ridzuan.. maaf saudara ana semua yang sentiasa sudi baca blog ana..  :)

hmm..
Ana pegang kata-kata sahabat ana ni sepanjang ana belajar InsyaAllah..
Tika dalam perjalanan nak mendaftar belajar..

Ana dapat mesej berbunyi.. :
Assalamualaikum.. selamat kembali meneruskan belajar. Niat sungguh2 buat yang terbaik di tempat baru. Be just the way you are.. Don't give up! Jangan lupa pada parent, dan study smart.. Semoga Berjaya. Amin.. ^_^

Waktu tu.. air mata tangis ana tak henti mengenangkan nak tinggalkan mak dan abah..
Hati bercampur baur, rasa bersalah, rasa risau, rasa sedih, gembira pun ada..

Ana bertanya sahabat ana.. Ana risau ana putus asa lagi.. dah terlalu banyak da yang mak, abah korbankan untuk ana terutama dari segi kewangan..

Sahabat ana kata.. ,
Duit bukan segala-galanya, nak belajar ilmu Tuhan, InsyaAllah Dia perbanyakkan rezeki Atikah. Kita bukan tahu, itu kerja Dia, yang penting kita belajar cara merancang masa depan dengan baik. Dia saja yang tentukan..
Kita jaga urusan dengan Dia, pasti Allah mudahkan urusan kita..

Subhanallah.. makin mencurah2 pule keluar tangisan ni.. Tak mampu nak tahan,..
Juga tak mampu nak perlihatkan pada mak, abah..
Wajah mak dah berubah sejak pagi tu.. Ana nampak mak pura-pura bahagia..
Kalau boleh ana tak nak mak sedih sebab ana lagi..

Ana rasa gembira sangat kat kolej baru.. Terlalu tenang buat ana.. ^_^
Ana mahu wajah mak sentiasa ceria bila lihat anak ceria.. Tak henti2 ana ceritakan cerianya ada disini bila menghubungi mak..

Pesan dari sahabat.. :
Syukur pada Dia yang membri rezeki Atikah sambung belajar..
Ingt padaNya setiap saar. Doa senjata utama kejayaan seorang Muslim sejati.
Semoga dirahmati Allah s.w.t

Gembira apabila ustaz fiqh ibadah ana berpesan..,
"Setiap kali kamu masuk kelas belajar agama dengan ikhlas kerana Allah s.w.t., Allah s.w.t akan ampunkan dosa-dosa mak, abah kamu.. "
MasyaAllah gembiranya.! ^^

Sekarang.., ana tekad walau ana terpaksa tgglkan mak, abah..
tapi, ana tak henti minta pada Allah s.w.t. supaya lindungi mereka.. Sama juga ertinya jika ana ada.. Jika Allah s.w.t. tentukan akan berlaku, akan berlaku juga.. Yang pasti, ana mohon lagi pada Allah s.w.t. supaya jangan biarkan mak, dan abah sunyi tanpa cinta dari Nya..
^____^

No comments:

Post a Comment