Monday, November 28, 2011

:.. Istighfar ..:

Assalamualaikum w.b.t..
Bismillahirrahmanirrahim...

Cukup Allah s.w.t. bagi ana..
Ana cukup bahagia dan terlalu mencintaiNya..

Malam tadi,..
ana di tarbiyah oleh seorang Ustaz Muda sempena Maal Hijrah..
Tak sangka ana...,
kita semua diuji olehNya.. walau sebaik mana pun kita.., walau banyak mana pun amal kita...,
jika Allah s.w.t. hendak menguji cinta kita padaNya,.. kita tetap akan berhadapan jua..


Ana yang sentiasa terkenangkan dosa masa lampau kini sedar..
Mungkin dlu ana selalu tak percaya akan keampunan Allah s.w.t. dan makbulnya doa..
Dulu.., ana mohon pada Allah s.w.t. tanpa henti.. Tapi, terlalu lama ana menunggu sampai ana sendiri berkata dalam hati mungkin Allah s.w.t. tak nak berikan kebhagiaan tu kerana dosa-dosa lama ana..

Alhamdulillah... ana tak sangka,..
sekarang..
Ana teramat-amat bersyukur dan rasa berdosanya ana kerana telah bersangka buruk pada Sang Pencipta..
Kini,..
ana sedar walau lambat.. walau bertahun ana menunggu...
Allah s.w.t.. tetap makbulkan doa ana.. Cuma, ana yang tak pernah bersyukur..
Ampunan Allah s.w.t. lebih dari kesalahan insan...
Ana tahu.. Allah s.w.t. mahu ana rasakan pahitnya kehidupan sebelum datangnya manis.. Alhamdulillah...

Ana rasa beruntung sangat sebab ana rasa pahit tu sebelum ni..
Ana beruntung sangat sebab Allah s.w.t. uji ana..
sebab... Allah sayangkan ana..
Allah s.w.t. nak ana ada pengalaman dan lebih memahami sahabat lain.. MasyaAllah..
syukur yang tanpa henti dari mulut ana di setiap langkah hidup ana..

Namun, kadang-kadang ana terfikir..
Ana selalu terdengar muslimah kalau nak masuk syurga mudah saje.. Jaga 4 prkara tu..
Jika ana pun bnyk kurang lagi 4 perkara tu macam mana, Ya Allah..?

Ana bertanya pada Ustaz Muda malam tadi..
Subhanallah..
Ustaz Muda kata.. jika ana dah taubat nasuha dan berjanji takkan ulangi lagi..
Terhapuslah dosa yang dulu..
Ana rasa lega sedikit.. Tapi,..

Ana bertanya lagi..
Ana selalu rasa takut bila terkenangkan semua itu..

Ustaz Muda menjawab,,..
Istighfar bnyak2.., dan cakap pada diri yang atikah nak berubah dan takkan buat maksiat dulu lagi.. Nekadkan diri..

Ustaz Muda ada berpesan..
Kadang-kadang orang baik tak semestinya dia terus baik, orang yang kurang baik tak semestinya dia trus kurang baik..
Allah Maha Berkuasa .. Dia boleh buat apa yang Dia mahukan..
dan Allah s.w.t. juga bagi hidayah kepada sesiapa yang dia mahukan..
Dan Dia boleh uji orang yang baik dengan bermacam2 dugaan.. Kalau yang kurang imannya.. Habisla dia.. Sesat.. Masa tu.. Allah s.w.t. nak tgok kita ingat tak kat Dia... :)

MasyaAllah.. tenang sangat rasa hati ini.. Syukran Ustaz Muda..


No comments:

Post a Comment