Tuesday, August 24, 2010

Rindu bertemu

Assalamualaikum wbt..

sudah lama nampaknya ana tidak post dalam blog ana ni..macam-macam sebenarnya nak post tapi sejak sambung belajar di IPB ni tidak sempat kerana banyak urusan perlu diselesaikan..
InsyaAllah..

ana akan usaha untuk post pelbagai perkara lagi sempena bulan Ramadhan yang mulia ini..
ana nak kongsi sesuatu bersama..ana jumpa di dalam laman web ILUVISLAM.com..



Rindu Bertamu

www.iluvislam.com

Oleh: harum_mawar
Editor: Erma Farida



Ya ALLAH...
Rindunya aku padanya..
Antara dua belas yang kukenal..                        
Dia yang paling istimewa..
Sungguh istimewa..
Tidak kunafikan..
Namun,layakkah aku menyatakan rindu padanya?..
Adakah dia rindu untuk menemuiku?..
Rindukah dia kepadaku?..

Aku selalu mensia-siakan kehadirannya..
Tidak kuhiraukan sungguh-sungguh..
Apa yang ada padanya,aku pandang sebelah mata..
Terkadang hatiku tidak tulus..

Sedangkan dia Kau kurniakan..
Dia yang Engkau tentukan..
Yang mentarbiyah aku..
Mendekatkan diriku padaMu Ya ALLAH..
Mendidikku menjauhi segalanya yang Kau murka..
Membersihkan hatiku dari noda yang silam..
Tapi aku susah benar untuk menyedari semua itu..
Berdosanya aku..


ALLAH Ya Rahim...
Ampunilah aku..
Berikanlah aku peluang kali ini..
Untukku membetulkan apa yang aku silap..
Menampal mana yang terkoyak..
Aku rindukan dia Ya ALLAH..

Sebelum mataku rapat terpejam..
Izinkan aku bertemu dengannya..



Ramadhan...





INSYAALLAH jika ada masa lapang nanti ana post lagi..^^

No comments:

Post a Comment