Sunday, August 7, 2011

-Tahajjud-

Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim..



^_^ Tahajjud Mendatangkan Rasa Takut Kepada Allah ^_^




TANDA-TANDA TAKUT KEPADA ALLAH

"Kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kamu kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman."
(Ali Imran : 175)


1. Pada Lisannya.

Rasulullah S.A.W. bersabda :
" Barangsiapa yang dapat menjaga (menjamin) untukku mulut dan kemaluannya, aku
akan memberi jaminan kepadanya syurga. "
(Riwayat Bukhari)


Rasulullah S.A.W. juga bersabda :
" Tanda sempurnanya Islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu (perkataan) yang
tidak berguna. "
(Riwayat At-Tirmidzi)

2. Pada Perutnya.

Firman Allah yang bermaksud :
" Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian lain di antara kamu dengan jalan yang batil. "
(Al Baqarah : 188)

3. Pada Tangannya.
Salah seorang ulama salaf berkata :
"Sekiranya kulit saya ditempeli bara api yang panas, maka itu lebih aku sukai daripada
saya harus menyentuh perempuan yang bukan mahram. "

4. Pada Penglihatannya.
Pandangan merupakan panah api yang dilepaskan oleh iblis dari busurnya, maka
berbahagialah bagi siapa saja yang mampu menahannya.

5. Pada Pendengarannya.

Seorang mukmin akan menggunakan pendengarannya untuk perkara-perkara
yang bermanfaat.

6. Pada Kakinya.

Firman Allah :
" Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa
yang mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan. "
(Yaasin : 12)

7. Pada Hatinya.

Seorang mukmin akan selalu menjaga hatinya dengan selalu berzikir dan istighfar
supaya hatinya tetap bersih, dan menjaganya dari racun-racun hati.







PEMBERANI KERANA TUNAIKAN TAHAJUD

Tahajud merupakan solatnya para Nabi dan Rasul, kerana ia merupakan senjata pemusnah iblis dan penghancur keangkuhan, kesombongan dan kebodohan di dalam diri.

Oleh itu, menunaikan tahajud bermakna menunaikan wasiat para Nabi dan Rasul di mana para kekasih Allah ini menjalinkan komunikasi dan dialog dengan Allah menerusi solat, doa dan istighfar.

Kerana kuatnya pengaruh ibadah Qiamullail, maka para Nabi dan Rasul diberi habuan berupa kekuatan fizikal, fikiran dan rohani.
Oleh itu, salah satu hikmah terbesar dengan menunaikan Qiamullail ialah melahirkan sifat berani, tawadhuk dan tawakkal yang tinggi.


No comments:

Post a Comment