Thursday, September 15, 2011

:.. Alhamdulillah! ..:

Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim..




Alhamdulillah!! bertambah cintaku kepadaNya lagi!
rindu rindu rindu Ya Rabb... ^______^

saya lepas lesen P!

Allah S.W.T. telah kurniakan kegembiraan lagi dalam hidupku.
syukur kepadaMu Ya Allah..
terima kasih tak terkata pada cikgu-cikgu yang disayangi.. ^______^ jasamu dikenang!

moga dengan adanya P, boleh dimanfaatkan walau hati masih tak yakin lagi. InsyaAllah..
cinta yang dikurniakan olehNya pada saya takkan saya lepaskan lagi!

Proud to be myself!
Proud to be muslimah!
saya bukan bahan fitnah dan hinaan sesiapa lagi..
cukup dahulu tapi bukan saya yang sekarang! Saya percaya dengan cinta dariNya..
Walaupun berpurdah.. Alhamdulillah.. saya mampu lawan tanggapan masyrakat mengatakan
"berpurdah itu sombong! " Susah untuk meyakinkan namun Alhamdulillah.. Saya hampir berjaya menepis segala tanggapan tu.

Buat sahabat-sahabat seperjuangan.., rindu sangat dengan cikgu-cikgu, tempat belajar, dan semua.. ^_______^ buat kak hanim! kuatkan semangat! apa2 pun seminggu saja lagi! InsyaAllah....

terutama makcik yang dah berusia 70 tahun, tak menyangka makcik kawan abah rupanya..
Tapi, saya tetap pandang hebat pada makcik! Nak tau kenapa?
Makcik tu sangat menjaga pemakanan dan sampai sekarang dia masih berniaga, dan masih hebat dalam belajar memandu..! Dan makcik masih menjaga ibunya yang sudah 100 tahun usianya.. Subhanallah.. Makcik yang sangat kuat semangat walaupun tak sempat nak jumpa makcik tadi, harap kita dapat bertemu lagi.. InsyaAllah.. ^____^
Thanks to makcik sebab banyak beri semangat kepada anak muda seperti kami!

Pakcik yang mengajar dengan sabar nya.. Nanti tak dapat nak dengar cerita pakcik lagi.
Pakcik yang sangat menghargai wanita.. Satu-satunya lelaki yang tak pernah saya jumpa. Saya puji pakcik.!
Seorang lelaki yang sangat penyabar orangnya.. Kisah perjalanan hidupnya diceritakan pada saya. Pakcik sangat menghargai isteri pakcik.. ^______-
Setiap hari, ada saja cerita tentang isterinya, dan hampir setiap hari pakcik memuji isterinya. Tak lama lagi pakcik nak kenalkan saya dengan isteri pakcik. Pakcik kata isteri pakcik bertudung labuh macam saya. Berkahwin ketika usia isterinya 19. Jadi, pakcik suka bercerita pada saya kerana umur saya sekrang sama dengan umur isteri pakcik waktu bernikah dengan pakcik. Hehe ^_____^
Terima kasih pakcik!
satu pesanan pakcik dari mula belajar sampai semalam :
"ika.. kalau nak tahu tu jodoh kita atau tidak, doa dari sekarang.. InsyaAllah.. nanti ika akan jumpa jodoh yang terbaik Allah berikan. ^___- "

Anak saudara dah habis upsr!  Masa untuk beraya!! hehe ^___-


No comments:

Post a Comment