Thursday, September 8, 2011

:..berniqab tapi Sombong..:

Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim..

kisah di tempat belajar memandu..
saya masih awal dalam berpurdah, tak sangka ujian mencabar juga. Seringkali dicabar oleh org ramai.
Alhamdulillah.. buat masa sekarang masih boleh atasi. Muslimah mestila kene hebat! Lembut di luar tapi hati kene tegas.!

baru saya tahu susah nya pakcik dan makcik yang mengajar di situ memandang dan menegur saya.
Tak sangka rupanya saya yang kene mulakan dahulu. Saya tak nak digelar sombong. Semua orang ada pendapat mereka masing-masing.

Dan saya juga tak suka terasa terasing bila bersama-sama dengan orang ramai.. Kadang-kadang mungkin saya tak sedar bila bergaul. tapi, bersama pakcik dan makcik.. apa salahnya untuk kita beramah. Mereka baik.. munkin tanggapan mereka pada yang berpurdah belajar di situ sbelum ni lain. Tapi, seperti apa yang saya katakan tadi, semua ada pandangan dan pendapat masing-masing.. Saya juga sudah dengar pelbagai kisah tentang wanita berniqab di tempat belajar memandu tu. Seronok bila mendengar pakcik yang mengajar saya selama ni bercerita. Pakcik sangat memahami. Cuma janji saya pada pakcik untuk menyembunyikan sgala crita. Pakcik kata semua kisah tu untuk dijadikan pengajaran dan mendengar pendapat orang lain juga..

Saya ada cara saya sendiri. Alhamdulillah.. saya selesa dgn cara saya sekarang..

Tak ada apa yang susah jika berniqab.. Usaha tu penting. Mohon pada Allah S.W.T. untuk permudahkan segala urusan.. Masih banyak lagi yang perlu saya belajar dalam berniqab. Cara makan pun saya belum belajar lagi. InsyaAllah lepas ni.. nak minta sahabat temankan. Nak belajar ni. hehe ^____^

Indahnya muslimah.. saya rasa senang bila berpurdah. tiada siapa nak ganggu bila diluar. Cuma.., kadangkala ada yang memandang. Biasa la kan lain dari yang lain. Tambahan pula, kat sini susah nak cari yang berpurdah.
Kalau macam salah seorang dari sahabat saya, dia asal terengganu. Terengganu ramai yang berpurdah. Jadi, tak rasa kekok. Tak da sapa nak persoalkan..

Beberapa minggu lepas, dengar khabar.. Akak senior dah berniqab, Alhamdulillah.. cantiknya..
Ada peluang nak chat dengan kak diana di facebook. Kak diana dah keje sekarang.. Baru keje.. Kak diana cerita mcm-macam akak lalui sepanjng perjalanan kak diana bekerja. Pelbagai pandangan pekerja-pekerja di situ berikan. Ada yang tak boleh menerima. Ada yang mempersoalkan. Saya mula tanya kak diana.. Apa akak jawab..? Kak diana hanya mampu terdiam.. kak diana kata, saya nak belajar tentang ilmu agama lagi, mungkin ilmu saya masih tak cukup untuk menguatkan jawapan saya pada mereka nanti. Beri saya masa..

Tapi tak mengapa..
Usaha sikit-sikit pasti berjaya.. Alhamdulillah..
InsyaAllah.. Mari sama-sama berdoa sesama umat ^_____^

2 comments:

  1. Salam..SyUkUr MeNgENALIMU ADIK...tEruskan keyakinan KePADA Allah..Salam Sayang..Qs Qalbi

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. Alhamdulillah. terima kasih, akak pun sama. Hati gembira sangat dpt kenal akak. Rasa selesa dgn akak. Terima kasih melayan kerenah adik selama ni. ^___^

    ReplyDelete